Tuesday, 4 June 2013

wali

assalamualaikum, !!!
tadi shya call mak nak cakap pasal exam, sekolah, praktikal dan bla bla bla
tiba" mak sebut tentang sepupu shya (anak arwah ayah dit) yang bakal menjadi puan bulan september nanti
chit chat punya chit chat mak cerita la pasal abah pergi pejabat kadi sebab nak daftarkan sebagai wali kepada sepupu shya tu..
stop, !!! haa, sebelum shya sambung cerita meh kita kenal sikit apa itu wali..

di dalam sesebuah proses perkahwinan, terdapat lima rukun yang perlu dipatuhi dan diikuit kalau tak, sesebuah perkahwinan itu tidak sah..lima rukun tersebut ialah:

  • calon suami
  • calon isteri
  • wali
  • dua orang saksi
  • sighah ijab kabul
oke, yang shya nak story kali ni ialah wali..wali jika diterjemahkan bermaksud teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan..

disebabkan wali merupakan salah satu daripada syarat sah nikah, maka tidak semua orang itu boleh dijadikan wali..oleh itu terdapat beberapa syarat sah bagi menjadi seorang wali..
  • Islam
  • baligh (sekurang"nya sudah berumur 15 tahun)
  • berakal (orang gila, mabuk dan orag sangat bodoh tidak sah dijadikan wali)
  • lelaki
  • adil
  • merdeka
manakala orang buta atau bisu adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal" kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami syarat serta tulisan..

susunan wali:
  • bapa kandung
  • datuk sebelah bapa ke atas
  • saudara lelaki seibu sebapa
  • saudara lelaki sebapa
  • anak saudara lelaki seibu sebapa
  • anak saudara lelaki sebapa
  • bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  • bapa saudara sebapa
  • anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
  • anak lelaki bapa saudara sebelah bapa ke bawah
  • Bapa saudara seibu-sebapa
  • Bapa saudara bapa sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
  • Bapa saudara datuk seibu-sebapa
  • Bapa saudara datuk sebapa
  • Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
  • Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
  • Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan).
  • Sekalian asabah kepada seorang muktiq
  • Raja/Sultan.

haaa, banyakkan,? betapa Islam itu sendiri memudahkan umatNya melakukan perkara yang baik..
mula" shya rasa kecewa jugak sebab bukan shya orang pertama yang abah walikan..tapi apa boleh buat kan, benda baik tu jangan di halang..heeee

disebabkan abah satu"nya bapa saudara yang tinggal dan shya ada lagi seorang sepupu yang masih lagi single and available so shya redha jela kalau shya jadi orang ketiga yang abah walikan (tu pun kalau adik tak langkah bendul) hahaha

oke la, cukup la shya melalut..
nak sambung study ni..
esok exam,,
salam sayang dari shya..
~fly~

No comments:

Post a Comment