Friday, 29 April 2011

~mEnGinTai LanGiT~


Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima
Chorus.
Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti
Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....
Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...

Friday, 22 April 2011

sekadar ingatan bersama

Menangislah sahabat,
Kerna air mata adalah bicara yang terindah...

Air mata terindah lahir,
Bilamana kamu terpisah dengan kemaksiatan,
Bilamana kamu bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tika dirimu mengusir kawan-kawan yang buruk perangai,
Tatkala itu kamu pasti merasakan titisan air hangat dipipimu...

Dan bilamana dirimu meraih tangan,
Insan bergelar sahabat,
Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah...


Bilamana tercipta satu pertemuan,
Dan terungkai segala isi hati,
Terungkap sebuah jalinan persahabatan,
Tapi tibanya saat perpisahan,
Detik ini pasti akan terjadi,
Titisan hangat pasti akan menemani diri,
Kerna pertemuan dan perpisahan adalah lumrah alam...

Bertemu dan berpisah kerana Allah,
Bisa melahirkan rantai-rantai perjuangan,
Pergimu menyebarkan wangian jannah,
Moga dunia ini akan berbau haruman syurga...

Tetapi sedarlah sahabat,
Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu...

Sahabat andai dirimu dahagakan kasih dan cinta,
Dambalah cinta dan kasih Yang Satu...

Monday, 18 April 2011

~bulan~

ahaha..tadi CINTA jenguk kat luar tingkap CINTA nampak my love...subhanallah, sangat cantik...huhu..malam nie CINTA lost..xtaw nak tulis ap kat sini...ape pun sape2 yg bc post nie pd 10.28pm 18 Apr 2011, cuba tgk kat lua rumah..kalian mesti akan dapat tengok bulan yang sedang bercahaya indah menyeri malam yang sunyi...ahahaha..itupun kalau di tempat kalian tidak kehujanan lah..hmm,tiba2 rasa rindu sangat2 kat kampung...rindu nak peluk adik bongsu CINTA...adehh,sedih pulak malam nie rase sunyi la pulak..ahahaha
k lah..salam sayang dari CINTA
p/s: tgk luar tingkap cepat..!!! ^^,

Saturday, 16 April 2011

ya Allah aku jatuh cinta

assalamualaikum buat blogger sekalian…
jam di saat ini menunjukkan 0028…ketika ini tiba2 jari CINTA terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang CINTA ambil dari ceramah yang banyak menyedarkan CINTA tentang hakikat sebuah cinta…

venue              à surau al-falah
masa               à lepas isya’
hari                  à jumaat
tajuk                à ya Allah, aku jatuh cinta
penceramah à ustazah fatimah syarha (novelis)

memetik kata2 ibnu qayyim :
“cinta itu cermin bagi seseorang yang jatuh cinta untuk mengetahui watak dirinya dalam citra kekasihnya, kerana sebenarnya, dia tidak jatuh cinta kecuali terhadap dirinya sendiri”

dalam ceramah yang disampaikan banyak memetik erti cinta terhadap Yang Maha Pencipta…sesungguhnya cinta yang hakiki dan abadi adalah cinta kepada Yang Maha Esa…
CINTA nak share jugak kandungan ceramah tersebut….

3 peringkat cinta
è cinta kepada Allah, jihad dan Rasul
è cinta kepada ibu bapa, anak2
è apabila cinta yang kedua melebihi cinta yang pertama, ai akan jatuh menjadi cinta yang ketiga…
disini maksudnya, cinta Ilahi dan agama adalah yang paling utama diikuti cinta terhadap ibu bapa dan cinta yang perlu difikirkan sejenak adalah cinta yang ketiga…

3 jenis cinta
è cinta kepada Allah (letak keperluan terhadap Allah melebihi segalanya)
è cinta kerana Allah (cinta seseorang kerana Allah akan menjadi cinta anugerah cth: cinta kpd shbat sama jantina kerana Allah)
è cinta bersama Allah (xsempat nak catit cz khusyuk sgt ahaha)

dan…nasihat yang berguna untuk golongan minority ialah
“jika kamu sukakan mawar itu, approach walinya, bukan approach dirinya…”
bak kata mak CINTA, “manusia nie tak nak pergi malis ilmu sebab apa yang disampaikan tu kalau tak semua, kadang2 terkena batang hidung sendiri” ahaha..apa yang mak cakap itu ada benarnya kerana apa yang ustazah tu sampaikan pun ada juga tersangkut dengan kisah masa lalu CINTA dengan sang kumbang…ahaha,apa yang berlaku CINTA jadikan satu iktibar dalam hidup CINTA..dan buat pertama kalinya CINTA tenang, bila mengenangkan kisah cinta kami yang suku jalan ini…terima kasih kepada anashauqahwardah.blogspot.com kerana mengajak CINTA ke majlis ilmu tersebut..semoga kita sama2 dapat iktibar dari apa yang disampaikan…sekian, salam sayang dari CINTA…

Friday, 15 April 2011

~hati~

manusia…
walaupun seseorang itu jahat…
hatinya tetap boleh dipelihara…
sebab semuanya bermula daripada hati…
hati adalah raja kepada tubuh…
dan menguasai akal fikiran…
dan hati ada dua martabat…
1…hati sanubari yang berbangsa syaitan…
2…hati jamal yang berbangsa manusia…
yang ada pada manusia adalah hati jamal…
dan hati yang sebenar2nya adalah hati nurani…
yang dipanggil qalbi atau latiful qaf…

darjah keaiban

seorang perempuan mempunya 9 darjah keaiban iaitu malu…bila kesemuanya darjah keaiban itu hilang dalam diri seseorang wanita maka rosaklah akhlaknya…
sementara lelaki pula mempunyai 1 darjah keaiban…kerana itulah lelaki suka mendesak,merayu,mempergunakan wanita…

ini yang CINTA petik dari movie aku masih dara..so kalau ada sesiapa yang tak beesetuju dengan apa yang CINTA post nie maaf lah ye..ahaha
okeyhh..salam sayang dari CINTA...
~wink"~

cinta dalam hati

~wink"~ ahaha
assalamualaikum n salam sejahtera...(cewahh)
malam nie tiba2 CINTA teringat akan sebuah sinetron...
"mutiara"
kalian ingat tak sinetron tu..??? alaaaa..yang kat tv9 dekat di haty tu...
hahaha...meh la CINTA nak recall..
MUTIARA mengisahkan tentang kembar seiras yang melalui kehidupan yang berbeza sejak dari kecil..mutia bagaikan anak emas manakala tiara dibiarkan bersama datu dan neneknya..haaa,ingat x? ingat x betapa besarnya pengorbanan tiara terhadap mutia?
hmm,kat sini sebenarnya CINTA bukan nak bercerita tentang MUTIARA..
tetapi CINTA nak bagi main theme sinetron tu...


CINTA DALAM HATI by UNGU

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu
Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

okeyyy..salam sayang dari CINTA...

Thursday, 14 April 2011

keliru...celaru

entah kenapa hati ini dicuit rasa rindu…
rindukah aku???
tetapi pada siapa rindu ini???
adakah pada insan…
yang sudah menjauhkan dirinya dari aku???
benarkah aku merinduinya???
atau hanya perasaan yang kebetulan mengusik hatiku???
atau apakah benar aku sudah gila???
mengharapkan sesuatu yang bukan untuk aku???
adakah aku ini benar2 tidak tahu malu???
terlalu banyak persoalan yang muncul di benakku…
sehinggakan terkadang aku ingin sahaja pergi…
jauh meninggalkan persoalan2 yang sering muncul…
perlukah aku berbuat demikian???
sekali lagi persoalan itu wujud…
perasaan yang bercampur…
membuatkan aku semakin menjadi perahsia…
segalanya ku simpan…
hanya aku dan DIA yang tahu…
aku tak mampu untuk berkongsi dengan yang lain…
kerana aku tidak ingin dianggap  insan yang lemah..
senyum dan tawa ini…
kujadikan sebagai penghargaan dan hadiah buat mereka…
yang berusaha untuk menceriakan hidupku…
namun…
perkara yang dibalik itu…
biarlah aku pahatkan dalam memoriku…
segalanya ku simpan…

luahan yang terpendam

kawan baik...
jika itu yang diiginkan...
aku hanya mampu pasrah...
aku hanya mampu untuk tersenyum kelat dengan permintaan yang menyakitkan itu...
namun..
apa yang aku rasakan kini,tiada istilah 'kawan baik'...
apa yang ada adalah someone yg kita just kenal...
just kenal...
hmm..itulah yang berlaku kini..
hinggakan ada yang takut untuk menyebut namanya didepan aku...
sejujurnya,aku tak kisah jika mereka menyebut namanya...
kerana aku tahu siapa dia...
aku juga tahu siapa aku...
kini wajahnya lebih berseri dari dulu..
alhamdulillah...
aku sedar..
ramai yang menyalahkan aku...
aku terima...
ramai juga yang tidak tahu...
ternyata,kami tidak lagi seperti dulu...
bak katanya,kami 'kawan baik'...
namun aku tak mampu untuk memberitahu itu kepada semua...
biarlah masa yang menentukan segalanya...
biarlah masa yang menyedarkan mereka semua...
bahawa ada titik diantara kami...
life must go on...
aku masih lagi bertatih untuk hidup..
dan adakalanya aku terluka dek duri yang aku lalui...
namun itu mengajar aku erti kekuatan...
erti sebuah kehidupan yang sebenar...
yang indah itu mungkin bukan milik aku...
tapi tidak bermakna keindahan itu tiada...

kejohanan olahraga

venue--> stadium proton city (cantik..!!)
masa--> 0700-1600

nie CINTA nak share ckit dgn blogger smua ttp pnglman CINTA yg bg CINTA bgaikn mngulang sjrah lama..hahaaha
tadi siang CINTA ade kejohanan olahraga kat stadium proton city (tanjung malim)...
dah hampir 4 tahun CINTA tak join mana2 kejohanan..badan pun dah jadi sangat malas nak senam..dah tu nak try main high jump pulak..(rindu mse kejohann sukan luar musim negeri)
first 2 mula la semangat..tapi bila tgk lawan semua bdn ala2 tiang letrik d blah 2,terus kecut perut..tambah2 lagi ade pulak student coaching yang ikut btanding sama...lagi lah hancur harapan..hahaha
walaupun kumpulan kami just dapat tmpat ke 3 dr 5 kmp,tapi CINTA tetap berbangga dengan kerjasama dan pencapaian yang ada pada kawan2 CINTA..
dan...yang paling best bila kump kami memenangi perbarisan terbaik..ini semua advantage kami, mr bee yang teramat comel dan lincah (maskot)...
penat..tapi alhamdulillah,enjoy...
balik tadi tiba2 rasa sakit lengan,rupanya blkg n lngan dah lebam..ptt lah agk sakit..haha
tp xpe..cz apelah sanagt lebam2 2 kalau nk d bandingkan dengan pengalaman yang diperoleh...
okeyy..tu shj CINTA nak share..assalamualaikum...!!!
~wink"~ salam sayang dari CINTA...

~lirik lagu pilihan~

Sunday, 10 April 2011

prince charminG

pelaburan yang berbaloi…itu yang dapat CINTA katakan pada novel yang CINTA beli dan “peram” hamper sebulan..hu3 PRINCE CHARMING…sangat seronok dibaca…dan kat sini CINTA nak share part yang bagi CINTA sangat menarik..
“lelaki akan cuba sorok kelemahan mereka dari mata orang ramai..aku tak suka sorok sebab itulah aku nak hadapi cabaran itu..semua orang ada kelemahan dan kita tak boleh lari daripada kelemahan kita itu..kenapa? sebab inilah realiti hidup..aku juga ada kelemahan dan aku terima kelemahan aku dengan baik..bukannyaaku tak berusahanak perbaiki kelemahan aku, tapi sebab aku percaya suatu hari nanti aku akan atasi kelemahan aku tanpa aku sedari..”
“kita tak perlu mencari seseorang yang sempurna dalam hidup ini, tapi carilah seseorang yang boleh jadi sempurna kerana cintakan kita…seseorang itu tak semestinya hendsome, cantik, kaya, dan bagus dalam semua perkara sebab kadang-kadang bila kita dah jatuh hati dengan seseorang, kita akan lihat ‘kesempurnaannya’…”
“cinta jangan dibawa main sebab kalau sudah terperangkap dengan cinta, kita juga yang merana..”
“aku akan cuba…bukan cuba, tapi mesti..!”
“dia memang tak romantik, tapi bila dia jadi romantik, orang lain pun boleh jadi angau..”
“…setiap perempuan dalam dunia ini mempunyai Prince Charming mereka sendiri..prince charming juga bukanlah seorang yang sempurna dalam segala aspek, bukan mesti seorang putera raja, bukan mesti orang kaya-kaya dan bukan juga seorang yang boleh membeli Kota London, bukan mesti seorang yang bijak dan berpendidikan, bukan juga seorang yang romantik seperti dalam cerita dongeng..prince charming boleh jadi sesiapa sahaja di mata perempuan..apa yang penting adalah hati yang tulus ikhlas…”
...
best tak..???
haaaa..sape2 nak pinjam nonel 2 dgn CINTA blh la..he3 ^^,
ok..salam sayang dari CINTA...

Monday, 4 April 2011

_bergerak sendiri_

hidup ini tidak boleh bersendirian...
itulah kata-kata yang menyentap perasaan CINTA...
mana tidaknya..CINTA sudah 2 minggu belajar untuk hidup sendiri..bukan niat CINTA nak jauh dari kawan2 tetapi kesibukan mengajar CINTA untuk bergerak sendiri tanpa kawan2..ramai yg terserempak dgn CINTA akan bertanyakan "mana yg lain?"..CINTA just senyum "sy sorg je"..ada jugak yg menegur "knp salu nmpk sorg2 je skg?"..CINTA sedang belajar untuk bergerak sendirian krn CINTA tahu, semester akan datang CINTA akan bersendirian tanpa mereka semua..CINTA dalam proses untuk menjadi seorang yg "kuat"..sunyi, pahit, sakit, pedih...itu semua harga yg CINTA perlu bayar..sejak 2 minggu nie, CINTA bergerak sendiri siang dan malam..yg paling mnyedihkan bila CINTA terpaksa mkn kat kedai sorang2..hampir menitis jugak air mata..tapi CINTA kuatkan hati..demi membina kekuatan diri..risiko? CINTA tak dapat lari dari risikonye..tapi tak perlulah CINTA share ape yg berlaku...

bagaimana CINTA bermula?
semuanya secara tidak sengaja...CINTA terlalu banyak urusan untuk program membuatkan CINTA perlu bergerak sendirian untuk meeting...keterbiasaan itu terbawa2 setelah CINTA selesai program...sampailah sekarang...CINTA lebih banyak bergerak sendirian...tiada niat nak pinggirkan kawan2 CINTA tetapi CINTA perlu untuk berdikari...

buat kawan2...CINTA minta maaf sebab banyak menyusahkan kalian...maaf juga sebab jarang makan sama...CINTA sayang kalian semua...

Saturday, 2 April 2011

ada kalanya sepi itu indah

Perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua ustau hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?

Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.

Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu, jua aku tak dapat melupakanmu.

Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.

Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.

Katakan, "Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahgia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku."

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.

Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.

Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.