Friday, 30 November 2012

Felda Gunung Besout II

Assalamualaikum...!!!!
haluuuu~
hari nie shya nak share 1 story tentang aktiviti kelab yang telah pon selamat dijalankan..
program tersebut berjalan pada 15 nov 2012 di felda gunung besout 4..
yappp..
shya sekali lagi menghadirkan diri di felda tersebut..
jom tengok gambar jela ye..
^^,

paperwork

nuratul aimuni selaku pengarah program

khafizee selaku partner pengarah program

saudara faizal aka abg kacak selaku penceramah

sebilangan kecil peserta

sesi simulasi

beramah mesra

bersama vip dan fasilitator


Saturday, 17 November 2012

Palestin

assalamualaikum...!!!
shya tiba" tertarik untuk berkongsi dengan kalian tentang saudara seagama shya d Palestin yang entah bila aman hari" mereka..
Palestin merupakan nama yang digunakan dengan meluas sejak era Rom lagi untuk merujuk kepada kawasan di Timur Tengah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordon...
kalau kalian perlukan maklumat lebih lanjut kalian bolehlah layari laman web ini...
shya rasa 1 dunia sudah tahu tentang kekejaman israel yeng kembali menyerang palestin dengan rakus dan kejam..
israel yang dahulunya hanya sebagai penumpang di tanah palestin...
tapi akhirnya...???




setakat entry ini dipostkan,seramai 29 penduduk palestin telah syahid..
lebih menyedihkan lagi mereka yang syahid itu terdiri daripada wanita mengandung dan kanak-kanak..
dan seramao 250++ penduduk yang cedera akibat serangan rejim zionis itu..
kita sebagai rakyat malaysia mungkin tak mampu untuk memberikan bantuan secara langsung..
tetapi sebagai umat Islam yang mempunyai pencipta yang Maha agung,kita cuba dan terus berusaha sedekahkan doa agar palestin diberikan keamanan..



tapi sayangnya sikap masyarakat dunia kita hanya memandang apabila palestin diserang oleh israel..
bantuan yang diberikan bagaikan bermusim..
dan apabila palestin diserang kita hanya mampu mengecam dan mengutuk semata"
kuasa" besar dunia pula bagaikan anjing yang diikat kemas tuannya..
mereka hanya menutup mata dengan kekejaman yang dilakukan israel..
sesungguhnya di dunia ini tidak ada yang benar" jujur dan ikhlas..
jika kita lihat secara mendalam..
masyarakat palestin sebenarnya bertarung bersendirian bagi mempertahankan hak mereka untuk terus hidup dan menjadi warga dunia yang juga mahukan ketenangan dan keamanan..


kita tidak akan faham dan kita tidak akan pernah faham akan keadaan mereka disana..
apa yang kita ada hanya sedikit rasa simpati..
dan apabila ada agensi yang ingin meminta masyarakat untuk membantu dari segi fizikal..
mulalah berjuta" alasan yang diberikan..
malah ada juga yang menyatakan bahawa 'cukuplah dengan doa'
iya,doa juga membantu..
tetapi selagi tidak ada pihak yang bertanggungjawab untuk membela nasib" rakyat palestin ini..
sampai bilakah mereka akan terus menjadi pelarian dan merempat di tanah air mereka sendiri,?





Thursday, 8 November 2012

bedak sejuk

assalamualaikum,!!!
kalian pernah pakai bedak sejuk tak,?
semalam cqah bagi pakai bedak sejuk dia..
tiba" teringat kat arwah nenek yang sangat pakar dalam buat bedak sejuk nie..
siap dijual lagi..
dulu masa kecil shya sangat suka berkepit dengan arwah masa arwah tengah buat kerja (mungkin sebab shya cucu sulong perempuan tu yang manja sikit)hehe..
seingat shya, bedak sejuk ni dibuat dari beras yang direndam beberapa hari, minggu atau bulan (ikut suka)..
prosesnya tak rumit cuma mengambil masa part nak rendam beras tu sehingga lembut..
dan air yang digunakan untuk merendam beras tu perlu ditukar supaya bedak sejuk tu nanti tidak berbau busuk..
dan pada proses rendam tu nak letak air mawar pun boleh(tapi arwah jarang buat macam tu)..
untuk proses seterusnya kalian google lah sendiri ye..
shya pun dah lupa..
hehe~
antara kelebihan kalau kita pakai bedak sejuk ni ialah:

  • menyejukkan muka
  • mengurangkan minyak pada muka
  • mengecutkan jerawat

shya pakai bedak sejuk semlam teringat sangat3 kat arwah...
dah lama shya tak jenguk rumah peninggalan arwah..
rumah tu pun dah sangat usang dan tunggu masa untuk menyembah bumi je..
tempat shya bermain, ketawa, menangis, dipukul, dimarah, dirotan tu dah tak ada..
semua kenangan tu hanya tinggal kenangan semata"
arwah pergi meninggalkan kami 10 tahun lalu..
arwah tak sakit langsung...
shya terkilan sebab arwah tidak sempat nak pergi haji sedangkan semuanya arwah dah sediakan dan tunggu masa untuk pergi je..
tapi percaturan Allah sungguh tiada siapa tahu..
arwah rebah ketika sujud solat asar dan pada masa tu shya,adik,hafiz dan fizi sedang bermain" ditepi rumah..
mujur juga hafiz masuk sebab nak minum air..
so,hafiz nampak arwah tersungkur di tikar sejadah..
kalau tidak......

disebabkan terlalu panik shya berlari ke rumah saudara (kaki ayam,jalan berbatu) untuk meminta pertolongan..
Allah lebih sayangkan arwah..
arwah pergi disisi cucu" nya...
pesanan terakhir arwah kepada kami berempat (masa tu tengah mengaji dengan arwah):
  • solat jangan tinggal
  • rajin" baca Quran
  • dengar cakap mak ayah
  • rajin" sedekahkan al-fatihah kepada arwah atuk
kenangan 10 tahun lalu yang masih segar dalam ingatan...
al-fatihah buat arwah..
Rahmah bt Othman

Wednesday, 7 November 2012

aku marah orang..
aku yang menangis...
aku kena marah...
aku yang menangis..

aku sakit hati dengan orang..
aku yang menangis..
orang sakit hati dengan aku..
aku yang menangis..

ada masalah besar..
aku menangis..
ada masalah kecil..
PUN aku menangis..

sungguh aku tak faham diri aku...
jelas aku manusia yang sangat manja...
over emotional..