Thursday, 24 March 2011

~saat terakhir~

            Kurnia…!!! Ika…!!! Tiada siapa sangka jeritan Ica itu telah menyelamatkan nyawa dua sahabanya daripada dilanggar sebuah bas yang keluar dari simpang secara melulu…Ica…??? bagaimana Ica…??? Ica terperosok di bawah bas…semua yang ada di kawasan tersebut mula mengerumuni tempat kejadian…darah pekat mula mengalir dari bawah bas yang melanggar Ica…tiada siapa tahu apa nasib Ica…dua rakannya yang lain hanya mampu menjerit memanggil nama Ica dengan harapan Ica menyahut panggilan mereka…
Sepi…tiada jawapan mahupun sahutan dari Ica…yang ada hanyalah darah pekat yang terus mengalir…Nina, tempat Ica meluahkan segalanya menelefon Rezza…namun tiada jawapan dari Rezza…
“Apa pulak perempuan nie nak malam2 nie…tak tahu ke aku sibuk…” marah Rezza dalam hati setelah melihat nama Ica terpapar di skrin telefon bimbitnya……
“Kau kenapa tak angkat call tu..??” Tanya Kaif (sahabat Rezza)…
“Tak penting…” balas Rezza pendek…dia sebearnya malas melayan pertanyaan sahabatnya itu…sakit hatinya pada Ica belum habis lagi…baginya dia sudah tidak ada apa2 hubungan dengan Ica…

Nina terus mencuba menelefon Rezza menggunakan telefon bimbit Ica…tiada jawapan…setelah berkali2 mencuba akhirnya panggilan tersebut masuk ke peti suara…Nina tidak mempunya jalan lain…dia menghubungi Kaif…panggilannya dijawab…
“Ya Allah…!!!” hanya itu reaksi Kaif setelah mendengar cerita dari Nina…dia terduduk mendengarkan musibah yang menimpa Ica…
            Rezza yang sedang asyik bergelak ketawa bersama rombongan kerjanya tidak menghiraukan Kaif yang sedang bercakap di telefon…
“Rezza..!!! sini kejap..” Kaif dengan suara yang tinggi memanggil sahabatnya itu…Rezza pelik dengan kelakuan Kaif…
“Aku nak tanya…kau ada masalah dengan Ica ke..???”
Muka Rezza yang sebelumnya ceria bertukar keruh…dia tidak menjawab pertanyaan Kaif…
“Aku tanya nie kau ada masalah dengan Ica ke…??? kenapa kau tak angkat fon kau tadi..??? tu panggilan dari fon Ica kan..???” soal Kaif berkali2 dengan suara yang agak tinggi…Rezza mula naik angin dengan sahabatnya itu…tapi dia tetap tidak menjawab…
“Kenapa kau tak jawab..?!!!” Kaif sudah mula semakin meninggikan suara…
“Ye, tu panggilan dari Ica…ye aku memang ade masalah dengan Ica…ye aku memang tak jawab..aku saje tak nak jawab…susah aku nak faham perempuan macam tu…puas hati kau sekarang..yang kau sibuk sangat nak tahu nie kenapa?!!” giliran Rezza pula meninggikan suara…
            Kaif menarik nafas panjang...dalam kedaan nie dia perlu lebih bertenang…kalau ikutkan hatinya mahu saja dia hempuk muka sahabatnya itu…dengan tenang Kaif meminta Rezza untuk menelefon Ica…tapi permintaan Kaif dibalas dengan bentakan dari Rezza…Kaif jadi naik angin…
“Hey..!! kenapa kau nie..??!! kalau ye pun kau nak marah dia takkan sampai macam nia skali kau layan dia…?? ape alasan kau..?? jodoh pertemuan ajal maut di tangannya..?? tu..?? kalau tu alasan kau, aku tak bolah terima…betul jodoh pertemuah tu semua kat tangan Allah…tapi kita sebagai manusia nie kena berusaha…jangan kau harap dan tunggu je…kalau kau nak tahu…perempuan yang kau malas layan tu sekarang nie terperosok kat bawah bas kau tahu tak..??!! yang kol kau tadi bukan Ica, tapi Nina…dia nak bagitahu kau pasal Ica kemalangan…tapi sebab kau tak jawab panggilan dia, dia kol aku…masa Nina kol aku tadi dia cakap bomba sedang berusaha keluarkan Ica dari bawah bas tu…buat masa sekarang tak ada siapa tahu Ica selamat atau tak…” terang Kaif dalam nada yang agak keras…sakit hatinya dengan kelakuan sahabatnya itu…
            Kaif berlalu meninggalkan Rezza yang kebingungan…Rezza bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengar sebentar tadi…tidak…Rezza bukan sengaja tidak mahu melayan atau menjawab panggilan dari Ica…tapi ego lelakinya terlalu ingin menjauhkan dia dari Ica…Rezza ingin menekan butang hijau di telefon bimbitnya…namun cepat2 dimatikan hasratnya untuk menelefon Nina…hatinya ingin tahu cerita sebenar dan keadaan Ica…namun egonya menghalang…betapa tebalnya ego seorang lelaki yang bernama Rezza…
            Semasa dalam perjalanan pulang dari Kuantan lagu “saat terakhir” dari kumpulan ST12 berkumandang di radio…tiba2 Rezza berasa gelisah…dia berasa takut kalau2 apa yang diceritakan dalam lagu itu terjadi kepadanya…Rezza merasakan dia bakal kehilangan Ica…mungkin buat selamanya…jiwa Rezza semakin tidak menentu dan tanpa diduga ada air yang bergenang di kelopak matanya…egonya yang semalam kini cair…cepat2 Rezza menghubungi Nina…Kaif disebelah tidak dihiraukan…
“Nina, Rezza nie…Ica macam mana..???” Rezza memulakan bicara…
“Ya Allah Rezza…kau kemana malam tadi aku kol kau tak dapat2..?? Ica kat ICU…doktor cakap kecederaan dia tak teruk…tapi dia hilang banyak darah…sebab tu doktor terpaksa tahan dia kat ICU…dia masih lagi koma…kau bila balik..?? tak nak datang tengok Ica ke..??” terang Nina…
“Aku banyak kerja nak buat lah Nina…kalau sempat aku pergi tengok dia nanti…” Rezza terus mematikan talian…
            Sudah tiga hari berlalu…Ica masih lagi koma…dan dalam tempoh itu juga keempat2 sahabatnya menjadi peneman yang setia…sambil2 menunggu, mereka membacakan yassin untuk Ica…dengan harapan Ica akan cepat sedar dan sembuh…Rezzza…??? lelaki itu hanya bertanyakan khabar sekali itu sahaja…Rezza bagaikan tidak kisah langsung tentang keadaan Ica…setiap kali rakan2nya mengajak Rezza untuk sama2 melihat keadaan Ica, pelbagai alasan yang diberikan Rezza…
            Hakikatnya Rezza bukan tidak ingin melawat Ica…tetapi dia masih belum bersedia melihat keadaan kekasih hatinya itu…dia tidak sanggup untuk melihat insan yang disayanginya itu terlantar lemah di katil…sedangkan Ica seorang yang sangat dikenali dengan kelincahannya…gelak tawa Ica sering bermain2 di fikirannya…kadangkala dia akan melihat gambar kenangannya bersama Ica…ingin sekali dia menatap wajah Ica…namun dia memerlukan kekuatan untuk itu…hanya doa yang Rezza mampu berikan untuk Ica agar Ica kembali sembuh dan menceriakan suasana…
Seminggu kemudian…Rezza mendapat tahu bahawa Ica sudah sedarkan diri…Rezza mengucapkan syukur yang teramat kepada yang Maha Mendengar…dia membuat keputusan akan melawat Ica lagi dua hari…sebelum melawat Ica, dia membeli pelbagai bentuk hadiah yang merupakan barang kesukaan Ica…
Rezza terkial2 mencari wad Ica…tiba2 telefon bimbitnya berbunyi…dia menerima panggilan telefon dari Kaif…tanpa diduga…Ica menghembuskan nafas yang terakhir kerana berlaku komplikasi pada otak akibat pendarahan yang teruk…Rezza bagaikan tidak percaya dengan berita tersebut…cepat2 dia berlari ke wad Ica ditempatkan…
Rezza kaku…seluruh tubuhnya lemah…dunianya tiba2 gelap…dia jatuh terduduk di depan pintu wad apabila melihat kain putih menutup sekujur tubuh yang terbaring di katil…sahabat2nya yang menjadi peneman setia Ica hanya mampu memandang…mereka memandang Rezza dengan penuh sayu…simpati melihat Rezza yang tidak sempat bertemu dengan Ica yang kini sudah kembali ke pangkuan pencipta…
Rezza melangkah lemah kearah tubuh itu…Ica…yang kini sudah pergi meninggalkan dia buat selamanya…Rezza hanya mampu menangis dan menangis…
“Kau lambat sikit je Rezza…tapi itulah…bila dah sampai masanya…DIA tak akan tunggu kita walaupun sedetik…aku harap kau sabar dan kuat hadapi dugaan nie…ikhlaskan lah apa yang terjadi…kau ampunkanlah segala dosa2 arwah terhadap kau…” Kaif mula bersuara menenangkan sahabatnya…
            Rezza semakin tidak keruan…tiba2 sahaja dia teringat akan kata2 Ica kepadanya dahulu…
“Ica doakan biarlah perasaan ini diberkati dan kekal hingga akhir hayat…”
            Rezza semakin sebak…lalu melutut di sisi katil…
“Ica…bangun Ica…Rezza sayang Ica…Rezza mintak maaf…selama nie Rezza yang banyak buat salah kat Ica…Rezza banyak berdosa pada Ica…sebab sikap Rezza, Ica yang kena tanggung semua nie…Ica…bangun sayang…Ica…sampai hati Ica buat Rezza macam nie…jangan tinggalkan Rezza sayang…” hanya itu yang keluar dari mulut Rezza…
            Tetapi semuanya sudah terlambat…Ica sudah pergi meninggalkan Rezza…untuk selamanya…doa Ica termakbul…Ica menyayangi Rezza hingga akhir hayatnya…

Wednesday, 23 March 2011

~sinus~

assalamualaikum buat sahabat sekalian…(skema nye ayat)
semoga kalian sihat walafiat dan dilindungi dari segala musibah…
CINTA nak Tanya…kalian tahu taka pa itu sinus…??? haaa…sinus tu kalau diterjemahkan dalam bahasa melayu merupakan sejenis serangan yang dipanggil resdung…kat sini CINTA nak share dengan kalian semua tentang resdung nie…resdung nie sebenarnya tidak membawa maut TETAPI resdung boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi kanser dan jangkitan pada anggota di sekitar kepala…
gejala resdung
  • hidung tersumbat
  • sentiasa keluar lendir hijau daripada hidung dan tekak pada waktu pagi
  • muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
  • sakit tekak yang berpanjangan dan berulang-ulang
  • demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
  • alahan hidung seperti bersin dan gatal hidung
punca resdung
  • susunan tulang dalaman yang sempit
  • hidung bengkok
  • mandi dan terjun di dalam air yang kotor
  • jangkitan gigi atas
  • ketumbuhan dalam hidung
  • objek dimasukkan di dalam hidung contohnya putik kapas
  • tisu belakang hidung bengkak terutamanya kanak-kanak
komplikasi hidung
  • jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • jangkitan otak (meningitis)
  • sakit tekak yang kronik
  • jangkitan tulang muka
  • memburukkan keadaan lelah
  • berdengkur yang kronik
  • jangkitan telinga dan tonsil terutama kanak-kanak
  • alahan hidung @ hidung sensitif
  • selesema biasa yang melarat

Friday, 18 March 2011

~tips berhadapan di khalayak ramai~

CINTA nak share apa yang CINTA sendiri alami dan perhatikan di sekeliling CINTA...sebagai student, buat presentation sudah menjadi perkara biasa...tapi, setiap kali nak present tu, setiap kali tu jugak lah kita akan gugup, berdebar dan masa tu la pulak perut nie rasa nak membuang, memulas rasa nak terkucil...kaki tangan habis "beku"...so, CINTA nak la share ckit ilmu yang CINTA ada nie tok kawan2 semua... =)
  • buat persediaan rapi…
  •  tarik nafas sekiranya anda gugup kerana ia mampu menenangkan diri…
  •  kuasai tajuk terlebih dahulu…
  •  buat latihan terlebih dahulu contohnya berlatih dihadapan cermin…
  •  berucap dengan fikiran dan emosi yang positif…
  •  pastikan sebelum memulakan ucapan anda dalam keadaan positif…
  •  jangan mudah terpengaruh dengan emosi anda(kawal emosi)…
  •  gunakan pelbagai tone suara…
  • jika anda mendapat respon yang negatif dari audien, jangan mudah "melatah"...
ok..kalau ada yang nak tambah lagi boleh..silakan lah tambah ye...salam sayang dari CINTA...

Thursday, 17 March 2011

~rasa yang kini kembali~

sakit…
hanya itu yang dapat dirasakan dari dulu…
dan hinggalah kini sakit itu masih dirasai…
hingga detik ini…
aku masih lagi sakit…
derita yang ditanggung bertahun dahulu…
kekadang menyebabkan aku lemah…
tanggal 16 Januari 2006…
tidak akan pernah aku lupa…
perkara yang besar telah ku lalui…
aku dikatakan bernasib baik…
dapat mengesan dengan awal…
langkah pencegahan yang dulunya diamalkan…
kini semakin diabaikan…
aku sudah sihat sepenuhnya dari apa yang aku lalui…
namun rasa itu masih ada…
dan tidak mungkin akan lenyap…
Ya Allah…
berilah aku peluang…
untuk terus berpijak dibumiMu ini…
inginku berbakti kepada mereka yang jauh di Pantai Timur…

~apa ada~

apa ada pada senyum…
andai ia satu kepuraan…
apa ada pada gelak tawa…
andai matamu berkaca…
apa ada pada kegembiraan…
andai ia direka untuk menutup duka…

bibir tersenyum hati menangis…
smiling outside bleeding inside…
adakah itu yang diinginkan…???
TIDAK….!!!!
tiada siapa yang minta untuk itu…
ia datang sebagai melatih diri…
melatih hati…
melatih emosi…
untuk apa…???
supaya kita menjadi lebih kuat…
lebih tabah menjalani hidup ini…

untuk melawan orang lain adalah mudah…
untuk melawan diri sendiri sangat sukar…
melawan diri sendiri kearah yang lebih baik…
itu lebih sukar…

Tuesday, 15 March 2011

movie oh movie

tarzan
antz
chicken run
stuard little
chicken little

ape lagi movie yg kalian suke tengok mase zaman "muda2" dulu...???
hehehehe
CINTA rindu nak tgk semua 2...

Saturday, 12 March 2011

assalamualaikum...
hari tu CINTA "meronda2" kat pak cik google nie...
dah tu terjumpa dgn satu ayat nie...
best la jugak ayatnye...
ayatnye camnie....
haaa...
tulah ayatnye....
nak CINTA translate lam bhs Melayu ke..???
tak payah la kan..??
sebab kalian mst dah pandai semua...
=)
ok...
salam sayang dari CINTA...

Friday, 11 March 2011

rindu pada kenangan yang tak mungkin akan berulang....
hanya keajaiban yang dinantikan....

bila rasaku ini rasamu


Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa rela ku serahkan
Mengenang janji setiaku
Kumohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti

Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga
Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi

Aku memang terlanjur mencintaimu
KerispatihVideo Clip Bila Rasa Ini Rasamu
Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa rela ku serahkan
Mengenang janji setiaku
Kumohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti

Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga
Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi

Aku memang terlanjur mencintaimu

Tuesday, 8 March 2011

maaf...wahai sahabat...

sahabat adalah anugerah yang terindah…
mungkin seseorang itu bisa hidup…
tanpa kekasih…
tetapi…
jarang orang bisa hidup tanpa sahabat…
yang selalu menemaninya di sisi…
itu adalah kenyataan yang kadang-kadang kita tidak sedar…
termasuklah CINTA…
secara hakikatnya bagi CINTA, bukan senang untuk mencari “saudagar minyak wangi” itu…tetapi bagi CINTA, CINTA telah menemukan “saudagar minyak wangi”…mereka yang telah banyak membantu CINTA dalam segala hal…mereka juga menjadi ahli keluarga CINTA…mereka adalah sahabat terbaik bagi CINTA…kasih sayang yang diberikan oleh mereka membuatkan CINTA sentiasa rasa dihargai dan diperlukan…disaat CINTA hampir2 lemah dengan keadaan sekeliling…mereka hadir bagaikan membawa sejuta bintang yang “menyelimuti” kedukaan yang CINTA alami…kadang2 CINTA rasa bagaikan “menumpang” apa yang mereka ada…

masalah yang CINTA lalui sejak sebulan yang lalu telah menyebabkan CINTA berubah…berubah menjadi seorang sahabat yang suka dan sering menyakiti hati sahabat2 lain…walaupun CINTA tahu apa yang CINTA lakukan itu akan menyakiti hati sahabat CINTA namun CINTA tetap melakukannya…jauh di sudut hati CINTA tidak pernah sedikit pun ingin menyakiti hati sahabat CINTA…CINTA sayangkan mereka…mereka tempat CINTA meluahkan rasa hati…CINTA dah banyak buat salah…CINTA tidak mampu untuk menjadi seorang sahabat yang baik buat mereka dan sesiapapun…
Ya Allah, kau ampunkanlah dosaku…lindungilah sahabat2 ku, sayangilah mereka, berikanlah mereka jalan yang lurus seperti mana mereka mendorong aku ke jalanMu…Kau bahagiakanlah mereka seperti mana mereka membahagiakanku…Kau berikanlah keberkatan kepada setiap perbuatan yang mereka lakukan…Ya Rahman, Ya Rahim, Kau kekalkanlah persahabatan ini, lindungilah persahabatan kami dari segala perkara yang buruk, lindungilah sahabat2 ku dari bencana…sesungguhnya hanya Engkau saja yang tahu betapa aku amat menyayangi mereka…


Monday, 7 March 2011

bintang

assalamualaikum...
kat sini sape yang suke bintang…???
kali nie CINTA nak cakap pasal bintang…

bintang…
walaupun kehadirannya kita tidak sedar…
namun bintang tetap menyinari malam kita tanpa rasa jemu…
kita tidak mampu untuk melihat bintang setiap malam…
kenapa…???
kerana bintang itu tidak muncul sepanjang malam…
ada kalanya bintang itu muncul dengan terang dan bertaburan di langit…
ada kalanya bintang itu hilang ditelan gelap malam…
hakikatnya bintang itu ada walaupun kita tidak dapat melihatnya…

sudah menjadi kebiasaan…
kita hanya mendongak ke langit apabila bintang itu bersinar…
tapi kenapa kita tidak melihat langit di saat bintang itu tiada..??
adakah lumrah manusia hanya memandang bila ada dan melupakan bila tiada…???
atau adakah manusia ini hanya memandang yang bersinar..
atau dengan kata lainnya yang indah dan cantik semata2..??
bintang itu indah…
sinarnya penyeri malam yang gelap…
bintang itu ada…
walaupun anda tidak melihat sinarnya…
sekian…
salam sayang dari CINTA…

secebis rasa

hadirnya dia tanpa ku jangka…
datangnya dia tanpa ku pinta…
kasihkan dia tanpa ku sangka…
rindukan dia tanpa ku duga…

seandainya ku bisa mengapai bintang…
akan ku petik salah satu darinya…
lalu ku berikan kepada dia…
dengan harapan dia mengerti apa yang aku rasa…

bukan ingin terbang terlalu tinggi…
harapan yang datang tak dapat ku usir…
keluarga tetap permata di hati…
dia..???
ku berharap apa ku rasa dapat ditafsir…

bak kata ibu…
sayang tidak semestinya diungkapkan…
banyak lagi cara untuk menzahirkan sayang itu…
biarlah si dia tidak mengetahui akan apa yang dirasa…

Saturday, 5 March 2011

jadilah insan

Assalamualaikum wbt...
kali nie CINTA nak share 1 word yang CINTA dapat masa CINTA menonton teater tadi...
ayat nie diucapkan oleh main cast teater nie...
ayat nye lebih kurang camni la...

manusia dan insan adalah berbeza...
manusia nie kadang-kadang boleh menjadi sebaik-baik malaikat...
tapi, manusia juga boleh menjadi syaitan yang bertopeng...
berbeza pula dengan insan...
insan akan selalu mengubah diri kepada yang lebih baik...
oleh itu jadilah insan, jangan jadi manusia...

haaa...
2 la ayatnye...
lebih kurang camtu lah...
okey..
itu sahaja yang CINTA ingin kongsikan dengan anda...
salam sayang dari CINTA...

semua untukmu

Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci



Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

 Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu
 Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu
 Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi

Thursday, 3 March 2011

luahan rasa...

walaupun berkali-kali hati ini sakit…
mengapa hati yang sakit ini tidak pernah sedikitpun membenci…
hati ini masih juga lagi keras…
keras menyayangi dia yang kini bagaikan hilang entah kemana…
sakit rasanya bila diri ini hanya mampu memandang dari jauh…
dan berdoa untuk kebahagiaannya…
walaupun mungkin dia tidak pernah mengingati diri ini…
mungkin juga pernah terlintas di lubuk hatinya bahawa diri ini tidak pernah mengingatinya…
jauh di sudut hati…
hanya DIA yang mengetahui segalanya…
tergamaknya dia membuatku begini…
mungkin dia sudah lupa tentang apa yang dikatakan dahulu…
mungkin juga dia tidak mampu menerima kekurangan yang ada pada diriku…
seperti yang aku pernah katakan dahulu…
aku bukanlah permata yang dicari…
aku tidak mampu menjadi permata yang dicari…
aku hanya insan yang dikelilingi banyak kekurangannya…
aku tak mampu menjadi seperti yang diidamkan…
aku tak mampu menjadi orang lain…
aku tidak mempunyai ciri luaran yang dapat dibanggakan…
namun aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan Ilahi…
aku tidak sehebat gadis-gadis lain…
aku hanya manusia biasa…
hidupku simple
gayaku simple…
aku hanya manusia biasa…
terimalah aku apa adanya...
sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa...