assalamualaikum..!!
dah lama rasanya tak merepek kat sini..
humm, tiba" malam ni rasa rajin pulak (sebab tak tahu nak buat apa)..
haa, sebenarnya shya ada tengok satu cerita ni, tajuknya one litre of tears..
sedih sangat sangat sangat ceritanya..
cerita tu tentang seorang gadis yang bernama aya yang menghidap sejenis penyakit yang memang tidak boleh diubati..
kalau tak silap shya, dia menghidap penyakit tu semasa umur dia 15 tahun..
shya tak ingat apa nama penyakit tu, tapi penyakit yang dijangkiti oleh aya menyebabkan dirinya hilang upaya sedikit demi sedikit hinggalah dia meninggal (nak tahu, tengok la ceritanya)..
tujuan utama shya bukan nak bercerita tentang drama tersebut..sebenarnya, apa yang ditunjukkan di dalam drama tu mengingatkan shya kepada seorang gadis berusia 16 tahun (pada masa tu)..mungkin dugaan yang diberikan oleh Allah kepada gadis tu tak sehebat apa yang dilalui oleh watak Aya dalam drama..namun, dugaan yang diberikan oleh Allah kepada gadis tu cukup untuk membuatkan dia berasa putus asa untuk meneruskan hidup..
perkataan kanser yang keluar dari mulut Dr. Nik Amir pada 16 Januari 2006 membuatkan mata gadis tersebut bergenang..namun, memikirkan dia berada di dalam bilik doktor, dan ibunya juga ada sama, dia cuba sedaya upaya menahan air matanya daripada jatuh ke pipi..padanya, walaupun doktor menyatakan bahawa ia hanya satu kemungkinan, namun hati gadis tersebut tetap gelisah..
bermula dari detik itu, pada setiap hari ahad, gadis tersebut akan berjumpa doktor pakar untuk check up..dan bermula detik itu jugalah bermacam-macam cerita dongeng keluar dari mulut-mulut busuk..ada yang menyatakan gadis tersebut bakal tukar sekolah dan yang paling kurang sopan bila ada yang mengatakan bahawa gadis tersebut mengandung..mudahnya manusia nak tabur fitnah..apabila rakan sekelas gadis itu mengetahui bahawa rakannya kurang sihat, muncul pula cerita baru, ada yang mengatakan bahawa gadis tersebut dah nak mati..
pada penghujung tahun 2006 tepat jam 12 tengah hari, gadis tersebut menjalani pembedahan kecil..buat pertama kali dirinya disorong ke bilik pembedahan yang hanya ditemani oleh sorang jururawat..buat pertama kali juga dirinya diajar mengucap dan diminta untuk bertenang..masih segar dalam ingatan gadis itu betapa tegang urat lengannya apabila dimasukkan ubat..masih terbayang dengan jelas keadaan bilik pembedahan dan wayar-wayar yang dipasang di badannya..semasa sedang mengucap, gadis itu merasakan bahawa dirinya semakin khayal dan selesai sahaja mengucap, gadis tersebut sudah tidak sedarkan diri..alhamdulillah, pembedahan yang mengambil masa (2@2 jam setengah) itu berjaya..disebabkan badan gadis tersebut lemah, ia mengambil masa yang agak lama untuk ubat bius hilang dari badannya..
sakit selepas pembedahan sangat tidak tertahan..pada malam tersebut gadis itu terpaksa menahan sakit..tempat yang ditoreh pada siangnya berdenyut dan mengeluarkan cecair yang dia sendiri tidak pasti apakah cecair tu hingga dia terpaksa menukar baju lain supaya dia lebih selesa..
pembedahan tersebut berjaya, namun kemungkinan untuk penyakit tersebut berulang lagi sangat tinggi..
hari ini, setelah lapan tahun, gadis itu hidup dengan kesan parut yang masih jelas..segala yang berlaku lapan tahun lalu akan tetap segar di dalam ingatannya..alhamdulillah dia masih diberi peluang untuk hidup..
haaahh,!! panjang pulak cerita shya nie..
oke lah, tak larat nak menaip dah..
salam sayang dari shya..
p/s: abaikan bahasa atau ejaan yang salah..and abaikan juga penggunaan ayat yang tunggang langgang tu.. ^_^
Sunday, 6 July 2014
Monday, 21 April 2014
Saturday, 29 March 2014
adakah bila seseorang itu berkata bagaikan meminta keburukan kepada kita itu satu doa yang akan Allah makbulkan,?
mungkin ianya satu gurauan tetapi bukankah kata-kata itu doa,?
adakah aku memang sorang yang annoying,?
ya, aku memang jahat..
arghh,!! sensitif, satu perasaan paling dibenci..
*sigh*
mungkin ianya satu gurauan tetapi bukankah kata-kata itu doa,?
adakah aku memang sorang yang annoying,?
ya, aku memang jahat..
arghh,!! sensitif, satu perasaan paling dibenci..
*sigh*
pengalaman pertama
assalamualaikum,!!!
haa, meh shya nak story tentang pengalaman pertama shya..
ceritanya macam ni..
masa shya nak keluar dari celah" kereta tu shya tengok kiri kanan..oke shya pun jalan..shya baru pulas sikit je minyak motor sekali shya dengar BAMMMM,!!! dan serentak dengan itu shya rasa badan shya melayang..masa tu juga shya rasa shya nampak motor yang shya naik tu bergerak tanpa ditunggang sesiapa..shya rasa benda tu macam dalam keadaan slow motion..dan shya sempat bermonolog dalam hati 'Ya Allah, aku accident'
haa, meh shya nak story tentang pengalaman pertama shya..
ceritanya macam ni..
semalam, iaitu bersamaan dengan hari jumaat ( 28 march 2014 )..treeeettt~ (hilang ayat kejap)
oke, hari jumaat shya ada kelas pagi, jam lapan (8.00am) dekat kampus baru..so, hari shya berjalan seperti minggu sebelumnya cuma semalam shya rasa gatal nak pakai slack dengan t.shirt je ke kelas (biasa pakai baju kurung)..dan dengan berat hati nya shya melangkah ke motor untuk bergerak ke kelas..bila shya sampai kat simpang ke jalan besar, shya pun kena la tunggu sebab banyak kereta lalu..lepas je shya lintas, shya pun teruskan perjalanan shya..disebabkan shya naik motor, dan shya berada di tengah" kereta, dan dah tak ruang untuk shya lalu, so shya pun bergerak la ke kiri..
masa shya nak keluar dari celah" kereta tu shya tengok kiri kanan..oke shya pun jalan..shya baru pulas sikit je minyak motor sekali shya dengar BAMMMM,!!! dan serentak dengan itu shya rasa badan shya melayang..masa tu juga shya rasa shya nampak motor yang shya naik tu bergerak tanpa ditunggang sesiapa..shya rasa benda tu macam dalam keadaan slow motion..dan shya sempat bermonolog dalam hati 'Ya Allah, aku accident'
lepas je slow motion tu shya rasa badan shya jatuh atas jalan..mungkin disebabkan shya galas laptop masa tu yang menyebabkan shya jatuh dengan lagi kuat..dan terus shya tak boleh nak bergerak langsung..apa yang shya sedar, shya jatuh betul" melintangi jalan raya..shya sempat tengok apakah benda yang langgar shya masa tu...jeng jeng jeng..kawasaki rr biru, bernombor plat B, dan penunggang tu lelaki, pekerja proton..abang tu macam nak marah shya tapi dia pun terduduk di tepi jalan..cuma shya je yang tak boleh bergerak..nasib baik la ada sorang makcik dan abang ni tolong angkat shya ke tepi jalan..masa tu shya fikir shya nak bangun je..tapi tak mampu, badan rasa kebas dan tak boleh nak bergerak..selepas ditenangkan oleh orang" yang lalu lalang, ambulan pun sampai la..
tak lama shya kat wad kecemasan klinik tanjung malim tu..2 jam je..kena la x-ray 2 kali, kena inject 2 kali, luka kat siku sikit (nasib baik pakai sweater tebal)..dah selesai semua urusan shya pun jalan dengan gaya penuh comel ke bahagian farmasi (nak ambil ubat)..lepas je ambil ubat tu shya jalan ke bahagian depan wad kecemasan dan abang proton tu nak buat report so dia mintak no plat moto dan nama shya skali..katanya nk claim insuran..
badan shya hari ni baru rasa sakit sikit" tapi tangan ni gatai jugak nak menaip..
haa, ape jadi dengan motor,??
ini jadi nya
tadaaa, itu la jadinya..so sekarang shya kena fikir macam mana nak bawak moto ni pergi baiki,..dalam 2/3 hari ni mungkin shya tak mampu nak bawak motor kot sebab badan sakit..kena la tunggu lagi 5/6 hari..baru shya fikir balik apa nak buat..huhu~
ok la nak tido jap badan dah sakit" lagi ni..
~fly~
salam sayang dari shya..
Saturday, 22 March 2014
fakta atau auta
disebalik karenah manusia yang pelbagai..wujud satu tingkah laku yang sama..istilah menghargai dalam hidup seseorang manusia yang hilang entah kemana setelah memiliki..analogi yang mudah ku berikan buat tatapan kalian yang sudi membaca..bayangkan sahaja HANDPHONE idaman kalian..
SEBELUM..
hari-hari pergi kedai tengok
kumpul duit sikit-sikit
sampai doa jangan ada orang beli
sanggup susah, ikat perut atau buat kerja lebih
BARU DAPAT..
tak ada siapa pun boleh sentuh
5 minit sekali lap tak nak bagi kotor
letak tempat paling terbaik
tak lekang dari pandangan mata
jaga dengan bersungguh-sungguh
BILA DAH LAMA SIKIT
biarkan je siapa nak tengok
tak kisah walaupun orang lain guna
kadang-kadang campak je merata-rata
bila rasa perlu je cari balik
tak kisah calar banyak mana pun janji boleh guna
BILA DAH HILANG...
rasakanlah...
analogi ini sekadar sebuah contoh yang tiada kaitan dengan sesiapa..hakikatnya manusia adalah makhluk terbaik ciptaan Allah yang penuh dengan nilai kasih sayang..namun persoalan besar timbul bila manusia ini hanya menggunakan konsep menghargai pada dua ketika sahaja iaitu semasa baru dapat dan bila dah kehilangan..
~fly~
Saturday, 11 January 2014
lagu baru
assalamualaikum!!!
hehehe~
meh rapat" shya nak share dua lagu baru dari rock band malaysia atau sesetengah fans gelarkan mereka MCR Malaysia..
hahaha~ (poyo je ayat shya ni)
lagu nya bertajuk jiwa dan cubaan baru diperkenalkan oleh mereka di fan page, twitter, soundcloud and ig mereka..
jika difikirkan balik shya sebenarnya bukan la salah seorang dari dramatics dan shya rasa shya tak layak pun gelarkan diri shya sebagai peminat setia mereka..
so, buat drama band..shya harapkan mereka success dalam industri muzik..
hehehe~
meh rapat" shya nak share dua lagu baru dari rock band malaysia atau sesetengah fans gelarkan mereka MCR Malaysia..
hahaha~ (poyo je ayat shya ni)
lagu nya bertajuk jiwa dan cubaan baru diperkenalkan oleh mereka di fan page, twitter, soundcloud and ig mereka..
jika difikirkan balik shya sebenarnya bukan la salah seorang dari dramatics dan shya rasa shya tak layak pun gelarkan diri shya sebagai peminat setia mereka..
so, buat drama band..shya harapkan mereka success dalam industri muzik..
Subscribe to:
Posts (Atom)







