Saturday, 29 March 2014

pengalaman pertama

assalamualaikum,!!!
haa, meh shya nak story tentang pengalaman pertama shya..
ceritanya macam ni..

semalam, iaitu bersamaan dengan hari jumaat ( 28 march 2014 )..treeeettt~ (hilang ayat kejap)
oke, hari jumaat shya ada kelas pagi, jam lapan (8.00am) dekat kampus baru..so, hari shya berjalan seperti minggu sebelumnya cuma semalam shya rasa gatal nak pakai slack dengan t.shirt je ke kelas (biasa pakai baju kurung)..dan dengan berat hati nya shya melangkah ke motor untuk bergerak ke kelas..bila shya sampai kat simpang ke jalan besar, shya pun kena la tunggu sebab banyak kereta lalu..lepas je shya lintas, shya pun teruskan perjalanan shya..disebabkan shya naik motor, dan shya berada di tengah" kereta, dan dah tak ruang untuk shya lalu, so shya pun bergerak la ke kiri..

masa shya nak keluar dari celah" kereta tu shya tengok kiri kanan..oke shya pun jalan..shya baru pulas sikit je minyak motor sekali shya dengar BAMMMM,!!! dan serentak dengan itu shya rasa badan shya melayang..masa tu juga shya rasa shya nampak motor yang shya naik tu bergerak tanpa ditunggang sesiapa..shya rasa benda tu macam dalam keadaan slow motion..dan shya sempat bermonolog dalam hati 'Ya Allah, aku accident'

lepas je slow motion tu shya rasa badan shya jatuh atas jalan..mungkin disebabkan shya galas laptop masa tu yang menyebabkan shya jatuh dengan lagi kuat..dan terus shya tak boleh nak bergerak langsung..apa yang shya sedar, shya jatuh betul" melintangi jalan raya..shya sempat tengok apakah benda yang langgar shya masa tu...jeng jeng jeng..kawasaki rr biru, bernombor plat B, dan penunggang tu lelaki, pekerja proton..abang tu macam nak marah shya tapi dia pun terduduk di tepi jalan..cuma shya je yang tak boleh bergerak..nasib baik la ada sorang makcik dan abang ni tolong angkat shya ke tepi jalan..masa tu shya fikir shya nak bangun je..tapi tak mampu, badan rasa kebas dan tak boleh nak bergerak..selepas ditenangkan oleh orang" yang lalu lalang, ambulan pun sampai la..

tak lama shya kat wad kecemasan klinik tanjung malim tu..2 jam je..kena la x-ray 2 kali, kena inject 2 kali, luka kat siku sikit (nasib baik pakai sweater tebal)..dah selesai semua urusan shya pun jalan dengan gaya penuh comel ke bahagian farmasi (nak ambil ubat)..lepas je ambil ubat tu shya jalan ke bahagian depan wad kecemasan dan abang proton tu nak buat report so dia mintak no plat moto dan nama shya skali..katanya nk claim insuran..
badan shya hari ni baru rasa sakit sikit" tapi tangan ni gatai jugak nak menaip..
haa, ape jadi dengan motor,??
ini jadi nya







tadaaa, itu la jadinya..so sekarang shya kena fikir macam mana nak bawak moto ni pergi baiki,..dalam 2/3 hari ni mungkin shya tak mampu nak bawak motor kot sebab badan sakit..kena la tunggu lagi 5/6 hari..baru shya fikir balik apa nak buat..huhu~
ok la nak tido jap badan dah sakit" lagi ni..
~fly~
salam sayang dari shya..

No comments:

Post a Comment