Sunday 6 July 2014

cerita dan pengalaman

assalamualaikum..!!
dah lama rasanya tak merepek kat sini..
humm, tiba" malam ni rasa rajin pulak (sebab tak tahu nak buat apa)..

haa, sebenarnya shya ada tengok satu cerita ni, tajuknya one litre of tears..
sedih sangat sangat sangat ceritanya..
cerita tu tentang seorang gadis yang bernama aya yang menghidap sejenis penyakit yang memang tidak boleh diubati..
kalau tak silap shya, dia menghidap penyakit tu semasa umur dia 15 tahun..
shya tak ingat apa nama penyakit tu, tapi penyakit yang dijangkiti oleh aya menyebabkan dirinya hilang upaya sedikit demi sedikit hinggalah dia meninggal (nak tahu, tengok la ceritanya)..

tujuan utama shya bukan nak bercerita tentang drama tersebut..sebenarnya, apa yang ditunjukkan di dalam drama tu mengingatkan shya kepada seorang gadis berusia 16 tahun (pada masa tu)..mungkin dugaan yang diberikan oleh Allah kepada gadis tu tak sehebat apa yang dilalui oleh watak Aya dalam drama..namun, dugaan yang diberikan oleh Allah kepada gadis tu cukup untuk membuatkan dia berasa putus asa untuk meneruskan hidup..

perkataan kanser yang keluar dari mulut Dr. Nik Amir pada 16 Januari 2006 membuatkan mata gadis tersebut bergenang..namun, memikirkan dia berada di dalam bilik doktor, dan ibunya juga ada sama, dia cuba sedaya upaya menahan air matanya daripada jatuh ke pipi..padanya, walaupun doktor menyatakan bahawa ia hanya satu kemungkinan, namun hati gadis tersebut tetap gelisah..

bermula dari detik itu, pada setiap hari ahad, gadis tersebut akan berjumpa doktor pakar untuk check up..dan bermula detik itu jugalah bermacam-macam cerita dongeng keluar dari mulut-mulut busuk..ada yang menyatakan gadis tersebut bakal tukar sekolah dan yang paling kurang sopan bila ada yang mengatakan bahawa gadis tersebut mengandung..mudahnya manusia nak tabur fitnah..apabila rakan sekelas gadis itu mengetahui bahawa rakannya kurang sihat, muncul pula cerita baru, ada yang mengatakan bahawa gadis tersebut dah nak mati..

pada penghujung tahun 2006 tepat jam 12 tengah hari, gadis tersebut menjalani pembedahan kecil..buat pertama kali dirinya disorong ke bilik pembedahan yang hanya ditemani oleh sorang jururawat..buat pertama kali juga dirinya diajar mengucap dan diminta untuk bertenang..masih segar dalam ingatan gadis itu betapa tegang urat lengannya apabila dimasukkan ubat..masih terbayang dengan jelas keadaan bilik pembedahan dan wayar-wayar yang dipasang di badannya..semasa sedang mengucap, gadis itu merasakan bahawa dirinya semakin khayal dan selesai sahaja mengucap, gadis tersebut sudah tidak sedarkan diri..alhamdulillah, pembedahan yang mengambil masa (2@2 jam setengah) itu berjaya..disebabkan badan gadis tersebut lemah, ia mengambil masa yang agak lama untuk ubat bius hilang dari badannya..

sakit selepas pembedahan sangat tidak tertahan..pada malam tersebut gadis itu terpaksa menahan sakit..tempat yang ditoreh pada siangnya berdenyut dan mengeluarkan cecair yang dia sendiri tidak pasti apakah cecair tu hingga dia terpaksa menukar baju lain supaya dia lebih selesa..

pembedahan tersebut berjaya, namun kemungkinan untuk penyakit tersebut berulang lagi sangat tinggi..

hari ini, setelah lapan tahun, gadis itu hidup dengan kesan parut yang masih jelas..segala yang berlaku lapan tahun lalu akan tetap segar di dalam ingatannya..alhamdulillah dia masih diberi peluang untuk hidup..

haaahh,!! panjang pulak cerita shya nie..
oke lah, tak larat nak menaip dah..
salam sayang dari shya..

p/s: abaikan bahasa atau ejaan yang salah..and abaikan juga penggunaan ayat yang tunggang langgang tu.. ^_^