Tuesday, 31 December 2013

pinggul

assalamualaikum,!!
ye shya tahu tajuk entry kali ni agak sedikit tak sopan..

shya sebenarnya nak share yang sejak 2 3 minggu ni sakit tulang pinggul shya datang balik..shya mula perasan bila masa shya nak tido rasa sakit tu tiba" datang dan shya susah nak tido..
sebenarnya dah lama sangat shya sakit tulang pinggul ni cuma kadang" tu dia hilang sekejap lepas tu datang balik..paling teruk awal tahun ni/ hujung tahun lepas (tak ingat) shya tak tahan sakit so shya pergi pusat kesihatan UPSI..and doc bagi krim sapu..tapi lepas 2 3 kali shya pakai, sakit tu makin teruk..sampai menangis" dibuatnya sebab tak tahan sakit..
dan sekarang sakit tu datang lagi..tak tahan tapi ape boleh buat..huhu
nak tido mengiring ke kiri shya mudah sesak nafas..mengiring ke kanan, sakit pinggul..tapi hairannya, sakit ni biasanya datang malam je..siang shya tak rasa sakit pulak..
aishh, misteri betol la badan manusia ni..

malam ni shya ada baca beberapa artikel tentang sakit pinggul ni..
ada yang kata disebabkan saraf, otot, tulang belakang

baca ni:
Jika ini berlaku, sebenarnya sakit pada punggung adalah disebabkan oleh sengal otot punggung dan mungkin masalah tulang belakang itu sendiri, saraf atau adanya jangkitan di antara penyebab yang lain.
Jadi punggung itu terdiri dari tulang belakang atau tulang punggung dan juga otot punggung yang berfungsi untuk menggerakkan tulang punggung tadi. Sedangkan tulang punggung sendiri mempunyai fungsi untuk menahan badan sehingga dalam posisi tegak, selain itu tulang ini juga untuk menyanggah rongga dada serta melindungi saraf yang berada di sekelilingnya.
Kepala dan badan kita mempunyai berat mencapai 50% dari keseluruhan berat badan dan ini semua disokong oleh otot tadi. Jadi misalnya kita sedang melakukan aktiviti yang mengangkat kepala dan badan dengan waktu agak lama misalnya 2 jam lebih, contohnya jika kita duduk tanpa bersandar selama 3 jam, maka ini akan menyebabkan otot bekerja lebih keras dan inilah yang akan menimbulkan sengal otot nanti.
Selain otot di atas ada beberapa penyebab sengal punggung yang lain iaitu :

1. Kelainan bentuk tulang punggung seperti tulang punggung yang bengkok, seperti skoliosis, lordosis atau kyposis, ini biasanya berasal dari kelainan genetik.

2. Penyebab sengal punggung yang ini disebabkan kerana faktor individu itu sendiri iaitu kegemukan sehingga beban tulang punggung untuk menahan badan menjadi berat.

3. Mengangkat benda berat secara berulang-ulang dan berlebihan, kerana itu perlu diperhatikan bagaimana caranya agar tulang punggung tetap aman.
Cara mengatasi sengal atau sakit punggung :
a. Jauhi stress, belajarlah bersikap tenang dan jauhi kerunsingan.
b. Mempelajari cara mengangkat beban, berdiri, duduk dan berbaring dengan betul.
c. Olahraga teratur, bermanfaat untuk meningkatkan kelenturan otot-otot dan sendi punggung.
d. Jalani gaya hidup sihat, dengan belajar mengatasi stress dan menjaga berat badan seimbang

Thursday, 12 December 2013

hypotension,?

assalamualaikum,!!!
huhu~

hypotension atau nama saintifiknya tekanan darah rendah..kenapa shya tiba" nak jadi cik doktor pulak malam ni,?? sebabnya siang tadi shya bangun badan rasa lemah sangat..dan shya sebagai seorang yang sering mendapat nasihat dr. amir tiba" terfikir yang mesti shya pengsan nanti..dan nak dijadikan cerita selepas shya buat kerja rumah, shya rasa pening sangat..rasa macam ruang tamu berpusing..tapi shya buat tak tahu jela..lepas tu shya bangun and then shya rasa gelap tiba" lepas tu badan rasa sejuk..shya tak fikir pajang, terus gagahkan kaki naik atas (bilik) dan gedebab..
hilang entah kemana, sedar" shya terbaring atas katil..shya tak pasti sama ada shya pengsan atau tertidur..shya tersedar pun sebab pakcik panggil dari bawah..tu pun tak larat lagi, tapi dah ok la daripada yang awal tadi..badan rasa lemah sampai lah sekarang..

puncanya,? mungkin sebab shya tak cukup tidur..memang minggu ni shya sangat susah nak tidur dan tidur shya sering terganggu..tidur sekejap mesti terjaga..well, masa di sekolah dulu shya memang selalu pengsan kalau shya tak cukup tidur..badan lemah tetapi hati keras (bak kata mak)..humm, kalau la fizikal shya ni sekuat kedegilan..hoho~

teringat pulak peristiwa shya pitam dalam kelas..kawan cakap masa tu shya sempat tersenyum sebab ada classmate buat lawak..lepas tu terus tak sedarkan diri..
huii, cukup la bab pitam" ni..shya tak larat nak tanggung..

oke la, mau tidur (konon)
salam sayang dari shya
~fly~

Tuesday, 10 December 2013

la tahzan innallaha ma'ana






saya tidak seperti kamu yang dikelilingi oleh gamer yang hebat dalam dunia maya..






Sunday, 8 December 2013

. . .

well dats hurt
complain complain complain just like a bullshit..

fuhh, ayat yang menusuk jantung..
just kill me then..kill me with your own hand..

emosi

assalamualaikum,!!!

humm, kalian mesti pernah dengar tentang orang bunuh diri dan dera kan,?
haa, kali ni shya bukan nak cerita tentang orang yang bunuh diri bagai tu..tapi shya nak berkongsi sedikit tentang punca dan kenapa seseorang manusia boleh melakukan perkara tersebut..

well, jika kita manusia yang sedang berada di dalam keadaan waras ni berfikir..kita mesti rasa yang pesalah atau si pelaku tu tidak berperikemanusiaan dan gila..yela, mana ada orang waras nak bunuh diri..betul tak,??

bunuh diri
oke, shya tertarik dengan laporan di berita sebelum ni yang menyatakan seorang lelaki sanggup membunuh diri dengan meminum racun setelah berpisah dengan kekasihnya..bagi kita yang mendengar berita tersebut kita mesti akan kata yang lelaki tu b*d*h..yela, putus cinta pun sampai sanggup nak bunuh diri..tetapi, jika kita fikir balik, apabila emosi mempengaruhi diri seseorang..pada masa tersebut dia akan melakukan apa sahaja..
hakikatnya shya sendiri pun pernah terfikir 'lebih baik aqu mati daripada hidup macam ni'
tapi tu semua hanya emosi yang telah mengawal diri shya..bila shya fikir balik, shya faham kenapa ada sesetengah manusia yang sanggup meragut nyawanya sendiri..macam" alasan yang kita dapat lihat..contohnya putus cinta, gagal dalam akademik, bankrup, hutang dan banyak lagi..

dera
haa, ni lagi satu isu yang memang sangat" hangat..biasa mangsa dera ni adalah wanita, kanak" dan bayi..paling menyayat hati bila mangsa dera tu kanak" atau bayi..yela, mereka dah tentu tak boleh nak melawan balik orang yang dera tu..so, kenapa orang sanggup buat benda" macam ni,? oke, bagi kes dera bayi pada shya ini disebabkan tekanan..yela, nak jaga bayi ni bukan mudah..tambah" lagi bila kita tak faham apa yang bayi tu nak..dan biasanya orang yang sayangkan bayi pun cenderung untuk memukul bayi..hanya kerana emosi yang tidak dapat dikawal..tambah" lagi yang bekerja kat nursery..bayi yang perlu dijaga ramai dan pelbagai karenah..jadi penjaga lebih mudah dipengaruhi emosi apabila bayi merengek..
shya bukan la nak backup orang yang dera bayi ni..yang salah tetap salah tetapi kita kadang" kena belajar untuk mengawal perasaan dan emosi kita supaya kita tidak dipengaruhi emosi dan tanpa sedar kita buat perkara yang tidak sepatutnya..



entah apa yang shya mengarut ni..
hahaha~
oke fly~

Saturday, 7 December 2013

perempuan

assalamuaaikum,!!

ramai lelaki yang cakap perempuan ni susah untuk difahami..
betul ke,??

yapp, pada shya perempuan ni memang susah nak faham..shya sebagai perempuan pun kadang" susah nak faham perangai kawan" perempuan shya..walaupun kadang" kita tahu perangai dia tu macam mana..

shya terbaca di fb (status kawan sekolah) katanya perempuan ni siafatnya suka meluahkan dan suka menunjukkan emosi..sebab tu kadang" perempuan ni susah untuk difahami..
bila fikir balik betul jugak apa yang dia cakap tu..

macam shya sendiri..shya rasa tak ada siapap pun yang faham perangai shya..famili shya pun susah nak faham shya..abah jela satu" nya orang yang shya rasa faham dengan perangai shya..sebab tu la mak katashya ni anak abah..tapi kadang" tu shya ada jugak tak sependapat dengan abah..

bak kata sepupu shya, perempuan ni pelik..bila dikata ya tu bukan sepenuhnya ya..hahaha
ye jugak macam tu..sebabnya macam shya sendiri la..bila shya cakap oke, tak semestinya shya betul" oke..

lagi satu kadang" sebab benda kecil pun boleh gaduh..macam shya dengan kakak..dia mintak main game kat lapy shya and shya tak kasi..langsung dia merajuk and tak mau cakap dengan shya 2 3 hari..shya pun biarkan la dia merajuk sebab shya memang langsung tak pandai nak pujuk" orang ni..

ape pun, manusia tu pelbagai sifatnya..tak semua manusia tu berperangai sama..

Tuesday, 3 December 2013

kucing

assalamualaikum,!!

huhu, korang semua mesti dah tahu tentang pemergian hero kan,?
hero si kucing yang paling terkenal kat malaysia ni..
kalau ada yang tak tahu, meh baca kat sini

mungkin ada yang cakap shya ni lambat la sebab baru nak share tentang kematian hero..tapi tak kisah la, shya nak share jugak tentang hero ni..ha, baca la kat sini shya malas nak taip panjang" hehehe~

ape yang buat shya tertarik nak share sebenarnya lepas shya tengok PH (papa hero) kat nasi lemak kopi o..

bila bercakap tentang kucing ni shya teringat kat kucing paksu..kucing yang dibawa naik flight jauh dari us bernama filla..kucing tu pada mulanya liar yang amat..lepastu sikit" berair hidung..tapi lama" oke siap makan nasi kosong dengan budu lagi..bagi makanan kucing langsung dia tak layan..tapi sayangnya nyawa filla tak lama..sebabnya filla mati kena langgar..paksu masa tu macam orang mati bini..makan tak lalu..kesian tengok..
huhuhu~

k la, shya nak turun makan..
hahaha~
salam sayang dari shya..
~fly~

cerita empat bulan part2

assalamualaikum,!!
shya terus sambung ye..


program sekolah
kalau ikutkan memang banyak program sekolah yang kami geng praktikal kena join..tapi ada beberapa moment yang shya takkan lupa..first masa shya diminta untuk baca soalan kuiz kemerdekaan..mula" tu shya menggigil jugak..almaklumlah tak pernah berdiri di tempat perhimpunan, kena bercakap pulak tu,.tapi bila tengok respon student ok, shya pun makin seronok dan benda tu jadi fun..dan shya dikenali student" yang menengah rendah disebakan kuiz tu..second is hari kokurikulum..haha masa buat senamrobik..memang la hancur aerobic tu, dah la student tak ikut pun..masa hari koko la shya ambil kesempatan untuk lepaskan sedikit tekanan dalam hati..third is majlis berbuka di sekolah..first time jadi PDI untuk sekolah dan masa tu la shya ambil peluang untuk kenal dengan student" yang bukan dari kelas shya..tapi, apa yang tak best nya lepas dari majlis tu shya keracunan makanan dan shya muntah dari malam sampai la kat sekolah esoknya..program lain yang kami join macam hari anugerah, penutup kemerdekaan, mayang, program lepasan pmr..

bad day
well, sebagai orang muda di sekolah tu..kami and the geng tidak lepas dari mata cikgu" yang tak suka kami..dan ada banyak isu/kes yang ditimbulkan dan ditunding secara tepat kearah kami..contohnya:
  • bising
  • tidur dalam bilik guru
  • tak hormat cikgu
  • duduk rapat" antara lelaki dan perempuan
  • bawak student masuk ramai" dalam bilik guru
  • suka lepak
  • online dalam bilik guru
  • pakai earfon
  • macam" lah lagi
haa, ni semua dikira kesalahan kami secara berjemaah..dan yang mengadu masalah ni hanya ada SORANG je cikgu..cikgu tu sorang je yang tak suka kami..tetapi disebabkan kuasa dia dikira besar so, kami memang femes..
bagi kesalah shya secara individu pulak shya tak sempat siapkan 2 RPH (buat separuh") dan masa tu terkena pula cikgu pembimbing nak masuk tengok shya..masa tu shya memang dah planning nak bagi soalan and bincang dengan student sebagai persediaan mereka nak exam..tapi dah jadi macam tu, kira kantoi la..dan tak sampai 24 jam satu bilik guru tahu cerita pasal shya yang tak sempat siapkan RPH dan shya dicop sebagai PEMALAS..well, shya tak kisah sangat nak kata shya pemalas sebab memang salah shya..tapi bila ditanya apa alasan shya tak siap RPH tu, shya cakap la yang seminggu ni hujan, so shya tak sempat nak siapkan kat sekolah plus ada hari koko so kami memang busy minggu tu..last" shya dapat title bodoh..skali kena shya tak kisah tapi dalam bilik guru pun shya kena lagi..2/3 hari jugak la shya jadi topik hangat kat bilik guru tu..hahaha
bad day yang menyiksa fizikal shya bila shya keracunan makanan dan paling tak tahan shya tak boleh balik rumah..lebih memalukan bila shya terlelap (kesan kena inject) dalam kelas masa jaga exam and masa tu pulak ada la dua orang student (form5 kot) datang cakap kat shya 'cikgu jangan tidoq na' .,haha dia tak tahu yang kita ni dehydration dari semalam sampai hari tu dok muntah je keja..shya gagahkan jugak la badan nak ke sekolah and balik rumah..tu pun berpinar" mata..

outing
outing pertama shya dengan student ialah masa nak naik bukit larut..walaupun tak sampai puncak, tapi kami have fun..shya punya stamina dah out habis sampai termuntah" sebab dah lama sangat badan tak workout..lepas muntah tu terus bertenaga,,.laju je jalan naik tinggal kawan" kat belakang..tapi memang seronok..

last moment
last moment shya dengan student yang langsung tak terlintas dalam kepala..haha mana tidaknya, tiba" call ajak keluar teman beli barang nak spm lah konon nya..last" sampai kuala gula kami pergi..walaupun tu first time outing dengan diorang, sikit pun shya tak rasa kekok..
kali kedua keluar konon nya mintak shya ajar mereka study bm spm..study la sangat diorang..ade yang tido, ade yang layan anime..yang study nya sorang je..sabojela shya dengan perangai diorang..
kali ketiga shya pergi hantar bantal kat adik..so, secara tak sengaja malam tu kami lepak TS..makan ice cream mcD je pun..haha
kenangan dengan mereka sangat" singkat tapi bermakna..

ahhhh,!!! rindunya darul ridwan..rindu taiping.. rindu mak ngan adik..

cerita empat bulan part1


assalamualaikum,!!!
heee~

shya nak story tentang pengalaman shya semasa berada di darul (praktikum)..
well, shya share sikit" jela moment nya ye..

masa minggu pertama tu shya tak rasa lagi tugas cikgu tu macam mana sebab kami semua masih lagi dalam mood menyesuaikan diri,,tetapi seminggu selepas tu, kami dapat jadual kelas dan cikgu pembimbing..shya dikira bertuah sebab shya mengajar kelas tingkatan 4 dan 5..maksudnya shya tak perli terlibat langsung dengan PBS dan shya tak pegang mana" kelas..so, tugas shya tak la berat sangat (awal" fikir macam tu..

TETAPI...
bila dah masuk kesemua kelas yang shya ajar, mak datuk nenek abah opah..rasa pening sangat..tekanan mula terasa..kelas yang shya ajar 4S1, 4S2, 4V3, 5S1, 5K1 dan 5V4..haaa, complete dari kelas first sampai kelas last..

4S1/4S2 moral (gabung kelas)
kelas ni kelas pandai (bak kata cikgu pembimbing)..shya tak nafikan yang kelas ni memang kelas pandai di darul ridwan..tetapi masalahnya student kelas ni suka sangat bercakap dan terlebih idea sampai shya ternganga dengan perangai mereka..

4V3 moral
hah, ni la kelas yang shya paling tak tahu nak buat macam mana..dari mata kasar apa yang shya nampak pelajarkelas ni suka berkelompok (cina dengan cina, india dengan india)..paling mencabar bila ada yang tak berapa pandai membaca...sampai lah satu tahap tu shya terpaksa suruh dia baca di depan mata shya dan shya ajar dia..ada jugak yang dah nak tunggu masa nak kena buang sekolah sebab dah lama tak datang  sekolah..dan kelas pertama yang kena marah dengan shya kelas ni lah..hahaha tak pasal" shya jadi naga sebab diorang ni memang susah nak control..dan kelas ni jugak la yang buat shya menangis dalam kelas depan diorang..sebabnya shya tak tahan sakit hati bila ada cikgu yang cakap mereka ni bodoh..dan kelas ni la yang paling banyak mengajar shya erti susah nya nak jadi seorang cikgu..apa pun, mereka ni bukannya jahat, mereka cuma terperangkap dalam satu kelompok yang membuatkan mereka bertindak ikut suka hati mereka..mereka tak belajar erti kesopanan dan menghormati orang yang lebih tua..lagipun masalah komunikasi merupakan penghalang utama antara shya dengan mereka..

5S1 sivik dan kewarganegaraan
terlalu banyak halangan nak masuk kelas ni..mana tidaknya sikit" cuti la, program la, cikgu lain ambil la..kelas ni lebih kurang jugak dengan form 4s1/2 tadi..kelas pandai, tetapi susah nak tarik perhatian..kata salah seorang student kelas ni masa shya nak ajar mereka 'cikgu, saya tak belajar langsung pun saya boleh dapat A la..subjek ni terlalu mudah la cikgu..cikgu tak payah ajar la'

5K1 sivik 
kelas ni unik sikit..sebabnya jarang sangat nak tengok yang lekat dalam kelas lebih dari 10 orang..akan ada student yang tak datang atau ponteng..tetapi yang paling pasti student STB tu mesti ada dalam kelas walaupun kadang" dia tidur and pergi merokok dalam tandas..yang paling tak tahan ada seorang student ni (botak) sikit" nak mintak belanja, sikit" nak mintak balik awal, banyak cakap pulak tu..sampai shya rasa nak je gam mulut dia tu bagi dia diam..

5V4 sivik
kelas ni, masa kali pertama shya masuk..shya dah main kejar" dengan mereka..masa tu semua lelaki..dah form5 pun shya nak kena kejar lagi..yang tak tahan masa bulan puasa boleh pulak sorang student ni datang bagi roti kat shya..hangin pun ade mase tu,.geram je rase..kelas ni ada kembar BCK dan BCY..perangai sikit tak sama..sorang banyak cakap macam botak, yang sorang lagi suka buat kerja sendiri..tetapi dua" ni ada persamaan iaitu tak suka butang baju..kelas ni memang susah shya nak control..sangat menyakitkan hati..tapi ada satu masa tu sorang student ni (mat shah) mintak shya ajar sivik..shya ingat dia main" je..tapi bila shya tulis kat white board dan ajar sikit..dia dengar dan salin..lepas tu minggu" seterusnya pun shya bagi kertas mintak buat, dia buat..haha rasa bersemangat la sikit nak masuk kelas ni..

Monday, 2 December 2013

mula berkenalan

assalamualaikum,!!!!
hehe~

oke, meh shya nak cerita sikit perkenalan kami (gila" poyo punye ayat)..heheh
sebelum ni shya hanya tengok dari jauh..tak terlintas pula nak mendekati masa kali pertama shya nampak tu..
hahaha~

ni nak story tentang kali pertama shya melangkah masuk ke darul..masa tu nak pergi lapor diri..dan suasa sekolah masa tu pada shya agak unik sebabnya ada beberapa orang pelajar cina tengah main basketball..terlintas di hati shya 'matahari dah terik pun dok main lagi budak" ni'
so, kami (shya, aciq, mok) terus jela masuk pejabat masa tu nak jumpa pengetua sebab nak lapor diri..tapi hari tu pulak lah orang atasan datang so pengetua agak sibuk..kami pun tunggu sampai pengetua datang..

<<skip cerita>>

selesai bertamu dengan pengetua sekolah..iba ajak kami semua pusing" satu sekolah..kononnya nak kenal sekolah dan nak tahu suasana, situasi sekolah tu..dan, kami mula meronda di blok baru..shya terpandang sebelah kanan, shya nampak ada kelas tu tak ada tingkap langsung..masa tu terkejut habis dibuatnya..mula la shya terbayang yang budak" darul ni ganas" semuanya..haha bising tu tak payah cerita la..sampaikan ada bangunan ni bingkai tingkap pun takde..masa kami tengah ronda" tu shya dapat tahu hari tu sebenarnya hari student ambil resut and family jumpa cikgu (something like that) sebab tu la sekolah tu terlebih meriah..

so, secara jujurnya pandangan pertama shya kat sekolah darul tu agak menakutkan..shya bukan lah nak burukkan darul..tetapi itu la yang shya nampak pada mula shya 'berkenalan' dengan darul ridwan..yang lagi tak tahan bila aciq cakap sekolah tu macam cerita jepun crows zero..hahah shya hanya ketawa jela sebab pada shya darul tu takdelah seteruk dalam cerita tu..kami sempat jugak tegur beberapa orang student yang tengah lepak dekat blok masa tu..

apa yang shya dapat simpulkan tentang hari perkenalan dengan darul tu ialah bukan salah student nama sekolah jadi dikenali dengan sekolah budak nakal..

oklah, shya dah kering idea..
nak tido dulu..
daaa~
salam sayang dari shya..
~fly~

kenapa taiping,?

assalamualaikum,!!!
heee~ (senyom lebar")

pejam celik, pejam celik..dah nak masuk sebulan shya tinggalkan bandar warisan tu.. (mood semacam)
soalan yang biasa ditanya semasa tempoh 4 bulan tu
KENAPA PILIH TAIPING,?
haaa, cerita nya begini..pada asalnya untuk proses praktikal, shya dengan wawa nak ke bandar bersejarah (melaka)..tetapi disebabkan budak" johor ramai nak ke melaka dengan alasan dekat dengan kampung mereka, so wawa decide untuk ke SMK Alang Iskandar Bagan Serai (sekolah lama wawa)..masa tu shya terpaksa minta wawa uruskan semua hal sebabnya shya ada program di felda trolak..so, both of us decide nak ke SEMAI..dan dengan itu segala urusan rasmi pun diteruskan..

namun..
malang tidak berbau, SEMAI hanya luluskan permohonan wawa seorang sahaja manakala shya terpaksa mencari sekolah lain..masalah makin rumit bila barang" shya dan motor dah ada di kuala kurau (rumah wawa)..nak tak nak shya kena cari sekolah di daerah yang sama..dan bermula lah pencarian shya pada akhir semester (masa tu kawan" lain dah balik kampung)..habis daerah shya call, semuanya tak nak..masa tu Allah jela tahu betapa tertekan nya shya..kebetulan seteru shya (aciq) bagi cadangan suruh praktikal di Darul Ridwan..shya pada mulanya saja nak cuba nasib, and last" pengetua cakap oke dan shya boleh praktikal kat sana..
rasa syukur sangat" masa tu


<skip cerita>

haa, so dengan itu secara bertulisnya shya telah diterima dengan sahnya menjadi warga SMK Darul Ridwan Taiping Perak..
TAPI...
shya ada masalah baru pulak..shya tak pernah sampai langsung ke taiping lepas tu rumah sewa yang shya comfirm dengan akak penyewa pun shya tak tahu kat mana..ape pun shya gerak ke taiping dalam keadaan tak bersedia dan kelam kabut..sampai di terminal kamunting raya lebih kurang jam 4.30 pagi..shya tak tahu nak kemana, dan lebih menakutkan bila semua yang ada di terminal tu lelaki..ada pakcik teksi tanya nak teksi ke tak, shya cakap taknak..yela, kalau ambil teksi pun shya tak tahu nak kemana..

<<skip cerita>>

disebabkan terlalu takut dengan suasana tu, shya call aciq dan paksa dia jemput shya di terminal..mujur la aciq nak datang..dia bawak shya bersahur ramadhan pertama di kedai mamak ar rahman di kamunting..lepastu dia hantar shya ke masjid jamek kamunting..lepas solat subuh, pakcik" masjid cakap masjid tu nak kunci..shya pun keluar la merempat tepi" masjid sampailah wawa datang jemput dalam pukul 10pagi..

Sunday, 1 December 2013

untitled

selamat datang incik disember,!!!
oppssss~
assalamualaikum,!!!
fuhh fuhh~
dah bersawang, berdebu, berhabuk ber ber lagi blog ni..
hehehe~

almaklum la, sejak praktikal kat taiping ni jadi susah sangat nak online..dah balik kampung pun jadi tak ada idea nak mengarut kat diari ni..hohoho~
well, idea habis hilang lak..
heeeee~

shya fly dulu..