assalamualaikum,!!!
heee~
shya nak story tentang pengalaman shya semasa berada di darul (praktikum)..
well, shya share sikit" jela moment nya ye..
masa minggu pertama tu shya tak rasa lagi tugas cikgu tu macam mana sebab kami semua masih lagi dalam mood menyesuaikan diri,,tetapi seminggu selepas tu, kami dapat jadual kelas dan cikgu pembimbing..shya dikira bertuah sebab shya mengajar kelas tingkatan 4 dan 5..maksudnya shya tak perli terlibat langsung dengan PBS dan shya tak pegang mana" kelas..so, tugas shya tak la berat sangat (awal" fikir macam tu..
TETAPI...
bila dah masuk kesemua kelas yang shya ajar, mak datuk nenek abah opah..rasa pening sangat..tekanan mula terasa..kelas yang shya ajar 4S1, 4S2, 4V3, 5S1, 5K1 dan 5V4..haaa, complete dari kelas first sampai kelas last..
4S1/4S2 moral (gabung kelas)
kelas ni kelas pandai (bak kata cikgu pembimbing)..shya tak nafikan yang kelas ni memang kelas pandai di darul ridwan..tetapi masalahnya student kelas ni suka sangat bercakap dan terlebih idea sampai shya ternganga dengan perangai mereka..
4V3 moral
hah, ni la kelas yang shya paling tak tahu nak buat macam mana..dari mata kasar apa yang shya nampak pelajarkelas ni suka berkelompok (cina dengan cina, india dengan india)..paling mencabar bila ada yang tak berapa pandai membaca...sampai lah satu tahap tu shya terpaksa suruh dia baca di depan mata shya dan shya ajar dia..ada jugak yang dah nak tunggu masa nak kena buang sekolah sebab dah lama tak datang sekolah..dan kelas pertama yang kena marah dengan shya kelas ni lah..hahaha tak pasal" shya jadi naga sebab diorang ni memang susah nak control..dan kelas ni jugak la yang buat shya menangis dalam kelas depan diorang..sebabnya shya tak tahan sakit hati bila ada cikgu yang cakap mereka ni bodoh..dan kelas ni la yang paling banyak mengajar shya erti susah nya nak jadi seorang cikgu..apa pun, mereka ni bukannya jahat, mereka cuma terperangkap dalam satu kelompok yang membuatkan mereka bertindak ikut suka hati mereka..mereka tak belajar erti kesopanan dan menghormati orang yang lebih tua..lagipun masalah komunikasi merupakan penghalang utama antara shya dengan mereka..
5S1 sivik dan kewarganegaraan
terlalu banyak halangan nak masuk kelas ni..mana tidaknya sikit" cuti la, program la, cikgu lain ambil la..kelas ni lebih kurang jugak dengan form 4s1/2 tadi..kelas pandai, tetapi susah nak tarik perhatian..kata salah seorang student kelas ni masa shya nak ajar mereka 'cikgu, saya tak belajar langsung pun saya boleh dapat A la..subjek ni terlalu mudah la cikgu..cikgu tak payah ajar la'
5K1 sivik
kelas ni unik sikit..sebabnya jarang sangat nak tengok yang lekat dalam kelas lebih dari 10 orang..akan ada student yang tak datang atau ponteng..tetapi yang paling pasti student STB tu mesti ada dalam kelas walaupun kadang" dia tidur and pergi merokok dalam tandas..yang paling tak tahan ada seorang student ni (botak) sikit" nak mintak belanja, sikit" nak mintak balik awal, banyak cakap pulak tu..sampai shya rasa nak je gam mulut dia tu bagi dia diam..
5V4 sivik
kelas ni, masa kali pertama shya masuk..shya dah main kejar" dengan mereka..masa tu semua lelaki..dah form5 pun shya nak kena kejar lagi..yang tak tahan masa bulan puasa boleh pulak sorang student ni datang bagi roti kat shya..hangin pun ade mase tu,.geram je rase..kelas ni ada kembar BCK dan BCY..perangai sikit tak sama..sorang banyak cakap macam botak, yang sorang lagi suka buat kerja sendiri..tetapi dua" ni ada persamaan iaitu tak suka butang baju..kelas ni memang susah shya nak control..sangat menyakitkan hati..tapi ada satu masa tu sorang student ni (mat shah) mintak shya ajar sivik..shya ingat dia main" je..tapi bila shya tulis kat white board dan ajar sikit..dia dengar dan salin..lepas tu minggu" seterusnya pun shya bagi kertas mintak buat, dia buat..haha rasa bersemangat la sikit nak masuk kelas ni..
No comments:
Post a Comment