Sunday, 27 February 2011

diari CINTA Hawa...

22 Julai…
Sejak dari hari pertama Hawa melangkah masuk ke universiti, itulah lelaki pertama yang duduk di sebelahnya. Itupun disebabkan pensyarahnya meminta mereka berada di dalam kumpulan, jadi sama ada dia suka atau tak, dia terpaksa membiarkan lelaki itu duduk disebelahnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak suka lelaki yang baru sahaja duduk di sebelahnya itu. Padahal dia tidak pernah kenal lelaki yang duduk di kerusi sebelahnya itu. Dari perbualan lelaki itu dengan kawan-kawannya, Hawa mendapat tahu bahawa lelaki itu bernama Adam. Tapi Hawa sedikitpun tidak menunjukkan minat untuk mengenali lelaki yang bernama Adam yang berasal dari selatan tanah air itu. Bagi Hawa, apa yang penting adalah ahli kumpulannya cukup dan mereka dapat bekerjasama menyelesaikan tugasan yang bakal mereka perolehi.
25 Julai...
                Pada asalnya Hawa sangat malas untuk ke perpustakaan petang itu kerana pada sebelah paginya Hawa dan kawan-kawannya menghadiri sebuah seminar motivasi. Namun, memikirkan tugasan yang diberikan dan kawan-kawannya yang berkeras untuk membuat perbincangan pada petang tersebut, Hawa terpaksa menurut sahaja.
Di perpustakaan…
                Hawa ditinggalkan kawan-kawannya kerana mereka ingin ke surau dan dia disuruh untuk menjaga barang-barang yang ditinggalkan di atas meja. Hawa membebel di dalam hatinya menunggu seorang lagi ahli kumpulan mereka yang belum muncul. Adam. Betul, Hawa terpaksa menunggu kedatangan Adam sendirian. Tiba-tiba ada getar di hatinya. Mungkin kerana yang ditunggu itu adalah insan yang bergelar lelaki dan sejak berada di universiti, hanya dua orang sahaja lelaki yang dikenalinya iaitu David (non Muslim) dan Adam.

Bermula dari saat itu, Hawa dan Adam bagaikan anjing dan kucing. Pantang jumpa, mereka akan berperang mulut sehinggakan ahli kumpulan mereka yang lain terpaksa meleraikan pergaduhan mereka. Namun, siapa sangka pergaduhan mereka itu menyebabkan mereka lebih serasi dan mudah untuk bekerjasama. Setiap kali ada perkara yang perlu diuruskan, Adam akan menyuruh Hawa melakukannya walaupun perkara yang mudah seperti staple kertas maklumat yang dicari oleh Adam. Hal yang sekecil itu juga kadangkala menjadi punca mereka berperang mulut. Jika di flash back, setiap kali berjumpa, mereka lebih banyak “berperang” berbanding membuat discussion.
                Hari berganti hari, minggu bertukar minggu. Tanpa dipinta dan diduga, Hawa dan Adam sudah ada “sesuatu” dalam diri mereka.

11 OKTOBER
Masing-masing menukar status fb. Ya, ada sesuatu antara mereka.

11 NOVEMBER
                Sejak Adam dan Hawa berpisah kerana cuti pertengahan semeater, itulah pertama kali Adam mengucapkan sayang kepada Hawa. Bagi Hawa, berjauhan dengan Adam buat pertama kali membuatkan dia sering merindui lelaki itu.

Itulah serba ringkas catatan hidup seorang gadis bernama Hawa. Banyak lagi kisah cintanya bersama Adam diabadikan didalam diari untuk tatapannnya. Rasa cinta dan sayang Hawa terhadap Adam dicoretkan didalam diarinya. Masa berlalu begitu pantas, kini Adam semakin jauh dari Hawa.  Kesetiaan Hawa terhadap Adam sangat teruji. Apa yang Hawa mampu lakukan kini adalah hanya berdoa agar hubungannya dengan Adam pulih kembali. Seksa rasanya hati Hawa bila melihat kekasih hatinya semakin menjauh dari dirinya. Hawa nekad, untuk yang kali ini dia akan bertahan. Walaupun Hawa banyak terluka namun sayang Hawa terhadap Adam tidak pernah pudar walaupun sedikit. Hawa tetap berharap lelaki yang bernama Adam itu akan kembali kepadanya. Hanya “keajaiban” dariNya yang Hawa harapkan kini.

Tuesday, 22 February 2011

yuk kita ke Venice...!!!

kali nie CINTA akan cerite la sikit pasal salah satu tmpat yang bagi CINTA tempat yang sangat indah dan unik di dunia...
hmm..bila sebut pasal Venice, ape yang terlintas d fikiran kalian...???
kalau CINTA, bila sebut pasal Venice CINTA akan terbayangkan sebuah bandar yang dikelilingi air...
tapi air tu bukanlah air banjir seperti yang melanda Johor dan Melaka...
haaa...
ape yang kalian lihat dalam gambar..itulah Venice...
sebenarnya CINTA sendiri pun tak pernah sampai ke sana...
bagi peminat drama korea "only you" dan "boys over flower" mesti kalian pernah tengok tempat yang indah nie...
Venice merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian utara Itali...
yup...!!! Venice tu kat Itali...
Venice nie banyak gelaran...
contohnya "bandar raya air", "bandar raya jambatan-jambatan" dan "bandar raya cahaya"
Venice terdiri daripada 117 buah pulau2 kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan...
penduduk kat sini menggunakan jambatan2 kecil untuk menyeberangi terusan2 yang banyak nie...
so, thats why la Venice juga dikenali sebagai bandar raya jambatan2...
lagi 1....
selain jambatan2 yang sangat banyak di Venice, penduduk bandar tersebut jugak menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan2 nie...
haaa...tu la sikit inform dari CINTA...
best kan kalau dapat bercuti kat Venice...
CINTA nie kuat berangan sebenarnye...
kadang2 CINTA bayangkan betapa romantiknye bandar Venice 2...
dan betapa indahnya pemandangan di Venice...
itulah keindahan ciptaan Maha Pencipta...
tidak hairanlah kalau bandar ini dikatakan bandar yang tercantik di dunia...
salam sayang dari CINTA...

Cinta itu “pembunuh” manusia atau manusia yang “membunuh” cinta…???

Assalamualaikum buat pembaca blog CINTA…
Kali ini kita akan berbicara tentang “cinta yang membunuh” atau kita yang “membunuh cinta”….

Bagi CINTA, setiap orang ada pendapat masing-masing tentang cinta…
Ada yang mengatakan cinta tidak semestinya memiliki…
Ada juga yang mengatakan cinta itu perlukan pengorbanan…
Sama ada kalian sedar atau tidak kini cinta menjadi punca kepada berakhirnya riwayat hidup seseorang…
Bagi CINTA sendiri, tidak salah untuk kita jatuh cinta…
Tapi adakah kita sedar seandainya cinta itu mengawal hidup kita, kita akan menjadikan cinta itu sebagai nyawa dan darah kita…
Itulah yang terjadi kepada sesetengah golongan yang kononnya digelar “pencinta yang setia”…
Apabila cinta itu berlalu dari hidup mereka, mereka akan mengambil jalan mudah dengan “menamatkan riwayat hidup mereka”…
Apakah itu dapat kita gelarkan sebagai pencinta yang setia…???
Bukankah golongan ini sebenarnya telah mencalit lumpur kepada mereka yang ada cinta di hati..???
Kita perlu sedr bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya…
Kita perlu yakin seandainya cinta kita bersama si dia putus tanpa sebarang ikatan, yakinlah bahawa Tuhan ingin memberikan yang lebih baik untuk kita…
Sesungguhnya rezeki ajal maut dan jodoh itu terletak di tangan Tuhan yang Maha Pencipta…
Jangan sesekali kita mengambil jalan mudah dengan menjadikan bumbung bangunan atau jambatan sebagai tempat untuk kita “membuktikan cinta” kita…
Ingatlah wahai sahabat, nyawa kita ini bukanlah milik kita…
Ada yang lebih berhak keatas nyawa ini…
Sekian…
Salam sayang dari CINTA…

Monday, 21 February 2011

apa itu cinta...???

tidak ada sesiapa yang mampu untuk mentafsirkan maksud cinta dengan tepat...
kerana cinta itu tidak dapat ditafsirkan secara ilmiah...

namun...
apa yang pasti...
cinta mampu mengubah segalanya...
cinta mampu mengubah kesedihan menjadi gembira...
cinta juga mampu mengubah gembira menjadi sedih...
tawa dan tangis akan selalu mengiringi cinta...
apa pun yang terjadi...
cinta tetap menjadi buruan insan di dunia ini...
cinta bagaikan mentari yang terbit di siang hari dan terbenam disaat malam menjelma...
perubahan dalam sesebuah cinta adalah suatu kebiasaan yang hakiki...
bagi sesetengah manusia...
cinta adalah irama kehidupan...
tanpa cinta, hidup akan terasa sunyi...
disebabkan itu...
kehilangan cinta boleh melukakan hati...
sudah tentu tidak ada sesiapapun yang ingin kehilangan cinta...
dan itulah yang membuatkan cinta sentiasa diiringi gelak tawa dan air mata...


perasaan ingin memiliki cinta adalah fitrah setiap insan...
cinta tidak akan datang kalau tidak dicari...
cinta tidak akan dapat kalau tidak memberi...
cinta datang tanpa dipaksa...
cinta berubah tanpa diduga...
hargailah cinta yang dimiliki...
kerana seandainya cinta itu pergi...
tiada guna lagi untuk disesali...

Sunday, 20 February 2011

saat melangkah menjadi blogger...

buat mereka yang sudi menbaca blog CINTA...
thanx a lot...
secara jujurnya CINTA tak pandai nak menulis @ karang ayat...
malah tak pernah pun terlintas di hati CINTA untuk create blog nie...
semua nie tercipta bila tangan CINTA nie gatal nak tekan "create blog"...
maka terhasil lah FRAGRANCIA CINTA...
FRAGRANCIA CINTA bermaksud keharuman cinta...
idea nama nie CINTA dapat dari nama CINTA sendiri yang brmaksud "keharumanku"...
FRAGRANCIA bermaksud keharuman dalam bahasa Jerman...
so,this is "pengenalan" dari CINTA untuk mereka yang baca blog nie...
tak kisah la sama ada "terjumpa" blog nie secara sengaja @ tak...
blog nie CINTA create just untuk masa terluang...
ape pun ill try my best untuk update blog nie...
salam fragrancia dari CINTA....