Assalamualaikum buat pembaca blog CINTA…
Kali ini kita akan berbicara tentang “cinta yang membunuh” atau kita yang “membunuh cinta”….
Bagi CINTA, setiap orang ada pendapat masing-masing tentang cinta…
Ada yang mengatakan cinta tidak semestinya memiliki…
Ada juga yang mengatakan cinta itu perlukan pengorbanan…
Sama ada kalian sedar atau tidak kini cinta menjadi punca kepada berakhirnya riwayat hidup seseorang…
Bagi CINTA sendiri, tidak salah untuk kita jatuh cinta…
Tapi adakah kita sedar seandainya cinta itu mengawal hidup kita, kita akan menjadikan cinta itu sebagai nyawa dan darah kita…
Itulah yang terjadi kepada sesetengah golongan yang kononnya digelar “pencinta yang setia”…
Apabila cinta itu berlalu dari hidup mereka, mereka akan mengambil jalan mudah dengan “menamatkan riwayat hidup mereka”…
Apakah itu dapat kita gelarkan sebagai pencinta yang setia…???
Bukankah golongan ini sebenarnya telah mencalit lumpur kepada mereka yang ada cinta di hati..???
Kita perlu sedr bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya…
Kita perlu yakin seandainya cinta kita bersama si dia putus tanpa sebarang ikatan, yakinlah bahawa Tuhan ingin memberikan yang lebih baik untuk kita…
Sesungguhnya rezeki ajal maut dan jodoh itu terletak di tangan Tuhan yang Maha Pencipta…
Jangan sesekali kita mengambil jalan mudah dengan menjadikan bumbung bangunan atau jambatan sebagai tempat untuk kita “membuktikan cinta” kita…
Ingatlah wahai sahabat, nyawa kita ini bukanlah milik kita…
Ada yang lebih berhak keatas nyawa ini…
Sekian…
Salam sayang dari CINTA…

No comments:
Post a Comment