Sunday, 27 February 2011

diari CINTA Hawa...

22 Julai…
Sejak dari hari pertama Hawa melangkah masuk ke universiti, itulah lelaki pertama yang duduk di sebelahnya. Itupun disebabkan pensyarahnya meminta mereka berada di dalam kumpulan, jadi sama ada dia suka atau tak, dia terpaksa membiarkan lelaki itu duduk disebelahnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tidak suka lelaki yang baru sahaja duduk di sebelahnya itu. Padahal dia tidak pernah kenal lelaki yang duduk di kerusi sebelahnya itu. Dari perbualan lelaki itu dengan kawan-kawannya, Hawa mendapat tahu bahawa lelaki itu bernama Adam. Tapi Hawa sedikitpun tidak menunjukkan minat untuk mengenali lelaki yang bernama Adam yang berasal dari selatan tanah air itu. Bagi Hawa, apa yang penting adalah ahli kumpulannya cukup dan mereka dapat bekerjasama menyelesaikan tugasan yang bakal mereka perolehi.
25 Julai...
                Pada asalnya Hawa sangat malas untuk ke perpustakaan petang itu kerana pada sebelah paginya Hawa dan kawan-kawannya menghadiri sebuah seminar motivasi. Namun, memikirkan tugasan yang diberikan dan kawan-kawannya yang berkeras untuk membuat perbincangan pada petang tersebut, Hawa terpaksa menurut sahaja.
Di perpustakaan…
                Hawa ditinggalkan kawan-kawannya kerana mereka ingin ke surau dan dia disuruh untuk menjaga barang-barang yang ditinggalkan di atas meja. Hawa membebel di dalam hatinya menunggu seorang lagi ahli kumpulan mereka yang belum muncul. Adam. Betul, Hawa terpaksa menunggu kedatangan Adam sendirian. Tiba-tiba ada getar di hatinya. Mungkin kerana yang ditunggu itu adalah insan yang bergelar lelaki dan sejak berada di universiti, hanya dua orang sahaja lelaki yang dikenalinya iaitu David (non Muslim) dan Adam.

Bermula dari saat itu, Hawa dan Adam bagaikan anjing dan kucing. Pantang jumpa, mereka akan berperang mulut sehinggakan ahli kumpulan mereka yang lain terpaksa meleraikan pergaduhan mereka. Namun, siapa sangka pergaduhan mereka itu menyebabkan mereka lebih serasi dan mudah untuk bekerjasama. Setiap kali ada perkara yang perlu diuruskan, Adam akan menyuruh Hawa melakukannya walaupun perkara yang mudah seperti staple kertas maklumat yang dicari oleh Adam. Hal yang sekecil itu juga kadangkala menjadi punca mereka berperang mulut. Jika di flash back, setiap kali berjumpa, mereka lebih banyak “berperang” berbanding membuat discussion.
                Hari berganti hari, minggu bertukar minggu. Tanpa dipinta dan diduga, Hawa dan Adam sudah ada “sesuatu” dalam diri mereka.

11 OKTOBER
Masing-masing menukar status fb. Ya, ada sesuatu antara mereka.

11 NOVEMBER
                Sejak Adam dan Hawa berpisah kerana cuti pertengahan semeater, itulah pertama kali Adam mengucapkan sayang kepada Hawa. Bagi Hawa, berjauhan dengan Adam buat pertama kali membuatkan dia sering merindui lelaki itu.

Itulah serba ringkas catatan hidup seorang gadis bernama Hawa. Banyak lagi kisah cintanya bersama Adam diabadikan didalam diari untuk tatapannnya. Rasa cinta dan sayang Hawa terhadap Adam dicoretkan didalam diarinya. Masa berlalu begitu pantas, kini Adam semakin jauh dari Hawa.  Kesetiaan Hawa terhadap Adam sangat teruji. Apa yang Hawa mampu lakukan kini adalah hanya berdoa agar hubungannya dengan Adam pulih kembali. Seksa rasanya hati Hawa bila melihat kekasih hatinya semakin menjauh dari dirinya. Hawa nekad, untuk yang kali ini dia akan bertahan. Walaupun Hawa banyak terluka namun sayang Hawa terhadap Adam tidak pernah pudar walaupun sedikit. Hawa tetap berharap lelaki yang bernama Adam itu akan kembali kepadanya. Hanya “keajaiban” dariNya yang Hawa harapkan kini.

No comments:

Post a Comment