entah kenapa hati ini dicuit rasa rindu…
rindukah aku???
tetapi pada siapa rindu ini???
adakah pada insan…
yang sudah menjauhkan dirinya dari aku???
benarkah aku merinduinya???
atau hanya perasaan yang kebetulan mengusik hatiku???
atau apakah benar aku sudah gila???
mengharapkan sesuatu yang bukan untuk aku???
adakah aku ini benar2 tidak tahu malu???
terlalu banyak persoalan yang muncul di benakku…
sehinggakan terkadang aku ingin sahaja pergi…
jauh meninggalkan persoalan2 yang sering muncul…
perlukah aku berbuat demikian???
sekali lagi persoalan itu wujud…
perasaan yang bercampur…
membuatkan aku semakin menjadi perahsia…
segalanya ku simpan…
hanya aku dan DIA yang tahu…
aku tak mampu untuk berkongsi dengan yang lain…
kerana aku tidak ingin dianggap insan yang lemah..
senyum dan tawa ini…
kujadikan sebagai penghargaan dan hadiah buat mereka…
yang berusaha untuk menceriakan hidupku…
namun…
perkara yang dibalik itu…
biarlah aku pahatkan dalam memoriku…
segalanya ku simpan…
No comments:
Post a Comment