Saturday, 16 April 2011

ya Allah aku jatuh cinta

assalamualaikum buat blogger sekalian…
jam di saat ini menunjukkan 0028…ketika ini tiba2 jari CINTA terpanggil untuk berkongsi pengalaman yang CINTA ambil dari ceramah yang banyak menyedarkan CINTA tentang hakikat sebuah cinta…

venue              à surau al-falah
masa               à lepas isya’
hari                  à jumaat
tajuk                à ya Allah, aku jatuh cinta
penceramah à ustazah fatimah syarha (novelis)

memetik kata2 ibnu qayyim :
“cinta itu cermin bagi seseorang yang jatuh cinta untuk mengetahui watak dirinya dalam citra kekasihnya, kerana sebenarnya, dia tidak jatuh cinta kecuali terhadap dirinya sendiri”

dalam ceramah yang disampaikan banyak memetik erti cinta terhadap Yang Maha Pencipta…sesungguhnya cinta yang hakiki dan abadi adalah cinta kepada Yang Maha Esa…
CINTA nak share jugak kandungan ceramah tersebut….

3 peringkat cinta
è cinta kepada Allah, jihad dan Rasul
è cinta kepada ibu bapa, anak2
è apabila cinta yang kedua melebihi cinta yang pertama, ai akan jatuh menjadi cinta yang ketiga…
disini maksudnya, cinta Ilahi dan agama adalah yang paling utama diikuti cinta terhadap ibu bapa dan cinta yang perlu difikirkan sejenak adalah cinta yang ketiga…

3 jenis cinta
è cinta kepada Allah (letak keperluan terhadap Allah melebihi segalanya)
è cinta kerana Allah (cinta seseorang kerana Allah akan menjadi cinta anugerah cth: cinta kpd shbat sama jantina kerana Allah)
è cinta bersama Allah (xsempat nak catit cz khusyuk sgt ahaha)

dan…nasihat yang berguna untuk golongan minority ialah
“jika kamu sukakan mawar itu, approach walinya, bukan approach dirinya…”
bak kata mak CINTA, “manusia nie tak nak pergi malis ilmu sebab apa yang disampaikan tu kalau tak semua, kadang2 terkena batang hidung sendiri” ahaha..apa yang mak cakap itu ada benarnya kerana apa yang ustazah tu sampaikan pun ada juga tersangkut dengan kisah masa lalu CINTA dengan sang kumbang…ahaha,apa yang berlaku CINTA jadikan satu iktibar dalam hidup CINTA..dan buat pertama kalinya CINTA tenang, bila mengenangkan kisah cinta kami yang suku jalan ini…terima kasih kepada anashauqahwardah.blogspot.com kerana mengajak CINTA ke majlis ilmu tersebut..semoga kita sama2 dapat iktibar dari apa yang disampaikan…sekian, salam sayang dari CINTA…

No comments:

Post a Comment