Monday, 3 June 2013

teratak ungu

satu ketika dulu aku hanya bermain" di luar teratak ungu itu..hinggalah satu saat aku ditarik untuk menjadi ahli di dalam teratak ungu itu..aku masih baru dan kekok untuk bergerak bebas di dalam teratak indah itu..walaupun aku masih baru, aku diberi peluang untuk bergerak, menyentuh dan menggunakan barangan di dalam teratak itu..ku temui bonda yang selama ini ku hanya mampu melihatnya dari kejauhan..dia mengenaliku, !! aku semakin merasa selesa bila bonda mampu mengingati aku..

dari menjadi seorang tetamu yang ditarik ke dalam teratak itu, aku akhirnya menjadi seorang yang bersama" anggota keluarga lain mengukuhkan teratak..walaupun hati kuat menyatakan aku tidak sehebat ahli keluarga lain, namun aku pegang kata" bonda: beranilah untuk memulakan dan berdegillah untuk mempertahankan..kata" bonda pada hari kami semua ahli keluarga dipertemukan secara rasmi..jika aku katakan sepanjang aku tinggal di teratak itu aku tidak pernah sekalipun disakiti dan menyakiti maka aku adalah pembohong besar..bukan mudah untuk hati" kami bertaut dalam mempertahankan teratak yang dibina indah..terlalu banyak dugaan, airmata, tenaga, masa dan wang yang kami korbankan hanya semata" untuk mempertahankan teratak ungu..

kini, aku bukan lagi penghuni teratak ungu..aku kembali menjadi anak yang bermain" di luar teratak..bonda juga telah meninggalkan teratak ungu..meninggalkan penghuni baru yang masih mencari pengganti..meninggalkan anak" yang bermain di luar teratak dengan sejuta harapan bahawa bonda akan kembali..kami tahu bonda penat menjaga kami yang setiap orang karenahnya pelbagai..2010-2013, pergilah bonda jika itu yang mampu membahagiakan bonda..seperti yang bonda katakan pada malam terakhir kita bersama sayang itu tidak semestinya bersama..aku hanya anak kecil yang tidak mampu mengubah keputusan bonda, namun aku yakin dan percaya bahawa penghini teratak yang baru sangat memerlukan bonda..

hari ini, malam ini..aku hanya mampu mengimbas kenangan..kenangan aku berkejaran di halaman teratak ungu..kenangan aku bersuka ria di dalam teratak ungu..sakit, jatuh bangun bersama" ahli keluarga teratak ungu yang entah bila akan bersua muka..rindu itu pasti kerana hati dan kasih sayang aku untuk mereka..di teratak ungu itu juga aku belajar mengenali diri..sungguh aku sayangkan keluarga ini..

No comments:

Post a Comment