Monday, 3 June 2013

may 2013

assalamualaikum, !!!
berakhir sudah bulan mei yang penuh dugaan dan cabaran bagi shya..shya nak share tiga moment yang sangat besar dan menyentuh hati shya..

bermula dengan 1 mei, shya dan beberapa orang ahli keluarga besar mendaki bukit lalang atau broga hills..lepas je panjat broga, malam tu juga la shya demam teruk dan batuk" yang sampai hari ni masih lagi tak hilang..kalau diikutkan sakit fizikal masa panjat naik dan turun tu memang sangat3 seksa..betul la cakap cik, kalau nak ikatkan ukhwah antara kami mt exco memang sangat sesuai bawak g broga..kami yang pergi ni pun terasa yang kami sangat saling memerlukan dan kami perlu bantu, backup dan kuatkan diri untuk kawan" lain supaya terus berusaha sampai ke puncak tiga dan turun dengan selamat..kenangan di broga buat shya makin sayangkan ahli keluarga besar ini..kenapa,? sebabnya disitu shya belajar untuk korbankan kekuatan fizikal shya tolong kawan yang tak mampu..alahai, luka dan berdarah sana sini tu tak ada makna sikit pun sebab shya puas dapat turun dengan selamat dan ahli keluarga pon sama.. *love*

lagi,? hem, PESBIII di MADID yang dijalankan di salak nort camp yang menambahkan lagi satu pengalaman  baru shya menguruskan program ke sekolah..walaupun peserta hanya seramai 40 orang sahaja..MADID adalah sekolah agama yang pertama shya handle dan sekolah pertama yang shya jadi pemantau..sungguh shya cakap, jadi pemantau lagi susah dari jadi AJK..paling tak kalau shya jadi AJK shya just buat apa yang ditugaskan tapi bila jadi pemantau shya kena ingat SEMUA benda dan memang shya sangat3 tertekan..tapi alhamdulillah shya dikurniakan pengarah program yang sangat komited dan rakan" barisan tertinggi yang sangat membantu dan sanggup untuk bersama" dengan shya ke MADID.. *heart*

akhir sekali ialah AGM kelab (keluarga besar) pada 30 mei..pada masa sama sahabat terhebat shya (aciq) ulang tahun..malam yang sangat sarat dengan emosi sebab kami bakal bergelar mantan dan tanpa shya duga hanya irsyad sahaja yang kekal bersama" dengan kelab dan juga bonda kami menarik diri dari menjadi penasihat..sedih tu memang la, sebabnya shya kenal kelab dengan bonda, bonda juga yang memulakan kelab..shya takut kelab akan terkubur begitu sahaja..Allah je tahu perasaan shya malam tu..bila tamat AGM pula kami celebrate bufday tini n aciq..dan seperti tahun lepas, airmata jantan aciq tumpah lagi..yang paling shya tak sangka aciq betul" pakai kain pelikat sebab semata" nak kereta kontrol yang shya hadiahkan..asal kau bahagia sahabat, aku ikut je kemahuan kau.. *saranghae*

adess, ni shya tak suka bila ingat balik kenangan..
air mata ni sibuk je nak tengok dunia..
huhuhu~
salam sayang dari shya..
~fly~


No comments:

Post a Comment