jika keindahan yang dicari
insan itu rebah
jika keelokan yang dinanti
insan itu kalah
mencari yang kirana
itu lumrah
menanti yang sempurna
itu fitrah
sebuah kebenaran yang perlu kau tahu
perla itu lebih tinggi nilainya
jangan kau siakan manifestasi
yang keluar dari mulutmu
kerana...
hati kecil itu mula percaya
hati kecil itu mula merasa
dan..
hati kecil itu mula menerima
semoga apa yang dituturkan oleh lidah itu
bukan hanya sebuah metafora
seandainya kesempurnaan yang dikejar
seandainya kesempurnaan yang ditagih
percayalah...
insan kerdil itu tidak memilikinya
No comments:
Post a Comment