Saturday, 20 April 2013

mohd sidit bin daud

assalamualaikum...
kalian mesti tertanya" siapakah lelaki yang menjadi tajuk entry kali ni kan,?
dia sebenarnye pakcik shya..kami biasa panggil dia ayah dit..
entry kali ni shya bercerita tentang ayah dit sebab....

semuanya dah terlambat..tu yang terlintas dalam hati dan kepala shya bila shya baca text dari abah subuh semalam..text tu tertulis 'ayah dit dah tak ada pukul 1 pagi tadi'
masa shya baca text tu shya ingatkan shya mimpi sebab masih lagi mamai masa baca text dari abah tu..macam" shya buat untuk pastikan yang shya bukan bermimpi..shya baca text abah berkali, shya tampar pipi, shya basuh muka n baca lagi text dari abah..tapi tula, hakikat tetap hakikat..

shya jadi lost sekejap, shya nangis semahu" nya..rasa terkilan sangat" sebab shya rancang nak melawat ayah dit lepas shya melawat fizee d UM..tapi Allah lagi sayangkan arwah dan shya tak berkesempatan untuk melawat dan melihat jenazah arwah sebab masa shya sampai di gombak tu semua baru balik dari tanah perkuburan..lebih mengecewakan bila anak maklong shya tanya macam shya nie sengaja nak melambat" kan perjalanan shya ke gombak..

arwah dah lama sakit, dan hari tu  mak datang KL melawat arwah tapi shya tak sempat nak ikut..mungkin orang akan kata shya ni pentingkan diri sebab shya tak ikut melawat pakcik atas alasan shya ada program kampus..kalau ikutkan siapa yang tak nak melawat pacik sendiri..

kali terakhir shya dengan arwah bila mak abah pergi melawat arwah di hospital putrajaya..masa tu mak call sebab shya disaman guard kampus dan arwah ada dekat dengan mak..shya minta nak bercakap dengan arwah n masa tu suara arwah dah lain n arwah cam dah susah nak bercakap..arwah seorang yang sangat care dengan anak" saudaranya..bayangkan masa shya bertanya khabar, arwah sempat lagi tanya tentang saman shya n then siap marah" pengurusan kampus sebab saman student..bak kata mak, arwah sangat suka jika ada tetamu datang ke rumah tambah" lagi saudara sendiri..masa tu arwah akan bawak kemana je n then arwah suka menjamu kami" semua dengan macam" benda..

personally bagi shya sendiri arwah dah banyak sangat membantu shya..masa lepas SPM dulu arwah adalah orang yang berusaha untuk pastikan shya masuk maktab..katanya jadi cikgu masa depan tu cerah..tapi shya tak dapat maktab n shya teruskan dengan form6..lepas STPM n shya diterima masuk UPSI, arwah adalah orang pertama yang shya sampaikan berita tu selepas mak abah..arwah banyak bantu shya masa shya mula menapak di kampus sebagai student sem1..DELL kesayangan shya yang shya gunakan dari sem1 hinggalah cuti sem5 adalah pemberian arwah..

mungkin bagi orang lain ini benda biasa" saja dan pakcik orang lain pun buat macam arwah buat..tetapi bagi shya apa yang arwah lakukan sangat besar dan xterbalas..dan disebabkan itu shya rasa sangat" terkilan bila shya tak sempat melawat arwah buat kali terahir..

kawan" lain semua tak tahu..shya bukan tak nak bercerita dengan mereka tetapi shya tak nak ganggu mood diorangyang tangah sibuk menyiapkan barangan untuk KEJORA esok..tak apalah,cukupla shya bercerita pada hazim dan blog ni je..

2 comments:

  1. ............. -_____-
    tabahkan semangat...salam takziah dr aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengs fida..
      sori aku bkn xnk bgtau korang tapi aku sdri xsampai aty sbb tgk korang nga sibuk n penat dok bt maskot tu..

      Delete